Monday, May 31, 2010

ANWAR ADA ALIBI KETIKA DIKONDO

Apa nak kata......hang pun ada alibi jugak ka sayfool....kalau ada bak mai la....apa main sorok-sorok nie.....


Anwar mahu bukti alibi, mahu tinjau semula kondo

0
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula pagi ini dengan beliau mahu mahkamah melawat semula kompleks kondominium, lokasi di mana bekas pembantu peribadinya mendakwa dia diliwat oleh beliau.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengemukakan permohonan untuk membuktikan wujudkan unsur alibi dalam perbicaraan liwat yang beliau hadapi sekarang.
Mahkamah pernah melawat Desa Damansara Condominium sebelum ini.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata pasukan pembela menunggu lampu hijau daripada polis bagi mereka mengunjungi premis tersebut.
“Kami mahu melihat semula tempat itu. Kami boleh melihat semula dan ia boleh dilakukan sebelum perbicaraan disambung semula pada pukul 2.15 petang ini,” kata Karpal kepadaThe Malaysian Insider.
Menurut peguam veteran itu, unsur alibi terhadap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah ketika kejadian yang didakwa oleh bekas pembantu khas itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat berada di unit lain Desa Damansara Condominium bersama lima orang.
Ketika ditanya sama ada individu-individu ini akan dipanggil untuk memberi keterangan, Karpal dengan tegas berkata:
“Ya, jika pembela meminta (berbuat demikian), maka kami akan memanggil mereka untuk memberi keterangan.”
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.-tmi

KONVOI KEGAZA IKUTI SECARA LIVE

Terkini dilaporkan 16 orang terbunuh....dan ketika ini askar israel mula memasuki dan merampas kapal-kapal konvoi....doakan semoga mereka semua selamat dan tabah....alllahuakbar....

JAHANAM ISRAEL JAHANAM APCO-KONVOI DISERANG

Israel mula bertindak ganas dengan menyerang konvoi bantuan kegaza....memang dasar lahanat....bajingan....itu pun najib masih nak geng lagi.............dilapurkan dua mati ramai yang cedera...konvoi ini juga dinaiki oleh orang kita............

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dariAstro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut 
AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

PANTAI TERCEMAR SEBAB LEMBAB

Pengerang ni wa tau beb....ini kampung gua maa.....terletak dihujung asia....dekat dengan s'pore....jalan kaki pun sampai....dulu masa wa kecik-kecik pantainya cukup cantik...landai dan damai.....banyak port nak mandi....sekarang jangan mimpilah...dahlah pantai dah tak ada....dekat pulak tu dengan jalan....sekali ombak besar....habis sampai kejalan....ni sebab s'pore asyik dok menambak je kojo dio.....yang kito ni bangang bila orang menambak kita dok perati....tak nak buat apo-apo....ko ye pun hantarlah bantahan ko apo ko...sebab kesan penambakan itu dah mengecilkan dan menghilangkan pantai kito....silap haribulan pengerang hanya tinggal namo jo...ni sebab pemimpin tido and banganglah jadi macam ni....sekarang pulak tumpahan minyak....bondo ni dari dulu lagi dah ado....kapal-kapal ni dia orang takut nak buang minyak kearah perairan s'pore....sobab denda dia tinggi silap-silap masuk jel tambah pulak kapal-kapal peronda dia 24 jam meronda situ....so dia buang arah kepengeranglah....sobab wa tak takut sama m'sia maa...semua pemimpin dia tido and boleh beli punya....Hah sekarang ni bila tumpahan besar macam ni macam-macam beri alasan....s'pore dah clear dah pantai dia....kita masih terkial-kial memberi alasan bodoh....nampak sangat memang bodoh....kepada orang-orang kampung wa...wa harap korang bangkit....tendang keluar ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin yang tido dan kenyangkan perut sendiri......


s'pore dok sibuk menambak

pantai dengan jalan sama aje....dulu jauh pantai ni.....

sekali ombak besar habis warung nie....

pantai yang tercemar....

Lambat kesan punca merebak


PENDUDUK kampung dan nelayan giat membantu membersihkan tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Kegagalan pihak-pihak berwajib mengesan pergerakan sisa tumpahan minyak lebih awal dikenal pasti sebagai punca sisa berkenaan memasuki perairan negara sekali gus menjejaskan persisiran pantai Pengerang di sini.

SO SUWEY 60 40

Kat tanah KTM di S'pore dia guna angka 60 40 nie....kat Kg Baru pun dia guna 60 40 nie....angka ong ke angka suwey nie....wa rasa orang buat angka ni la yang suwey......


Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah AktauParlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.

“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

Saturday, May 29, 2010

PKR PERKETAT PILIH CALON

Eloklah tu Kak Wan....kalau boleh berudu-rudu yang dapat dikesan....sebelum berubah menjadi katak...baik ditendang aje keluar....banyak tu berudu wa rasa.......


Proses pemilihan wakil rakyat PKR perlu lebih ketat untuk mengelak kejadian lompat parti, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, wakil rakyat sebegitu juga sebaiknya disingkirkan daripada parti sekiranya dikesan lebih awal.

"Ini menjadi pengajaran buat kita supaya ukuran pimpinan menjadi lebih ketat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.

Bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah, katanya lagi, disambut tepukan para hadirin.

Sehubungan itu, katanya, pimpinan perlu dengar pandangan daripada parti dalam memilih calon.

"Wakil rakyat juga ingat, kamu dipilh oleh rakyat," katanya.
Wan Azizah juga berkata anggota parti turut berperanan dalam soal mempertahan dan mengukuhkan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

"Ia adalah tanggungjawab setiap ahli parti di semua peringkat.

"Oleh itu, semua pihak yang terlibat termasuklah lantikan parti, pimpinan di peringkat ranting dan cabang, wakil rakyat, ahli majlis malah keseluruhan tenaga parti perlu digembleng dan dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.

Jelasnya, PKR sebagai tonggak kerajaan di negeri itu juga bertanggungjawab mentadbir negeri itu dengan baik.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan Selangor mempercepatkan proses mengambil bakat-bakat terbaik dari Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menyumbang di Selangor.

"Langkah ini akan memperkemaskan kelicinan pentadbiran kerajaan, di samping menjadi medan latihan kepada bakat terbaik kita sebagai persediaan mengambil alih kerajaan persekutuan kelak," katanya.-mkini

ZAHRIN MACAM CACING KEPANASAN

Anwar baru gempak aje dia dah menggelabah.....macam ada makan duit haram aje....kalau tak takkan dia beria-ia nak saman DSAI kalau nama dia dijolok....wa rasa dia mesti ada makan cili ni.....kalau tak buat apa nak menggelabah....nampak sangat katak puru ni dah tak lena tidur....bunyi handfon dan bunyi ketuk pintu...dah sah-sah dia terlompat...berderau darah sampai kekepalo....kot-kot SPRM yang datang.....berani kerana tak buat salah....takut sebab banyak buat salah....kita tengok ajer ler......



Bekas wakil rakyat sedia saman Anwar 

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau dikaitkan antara pemimpin yang lompat parti untuk menerima habuan lumayan dari Barisan Nasional (BN). 

Menurutnya, beliau tidak gentar dengan ugutan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) meninggalkan parti ditawar RM2 juta dan kontrak kerajaan yang lumayan sebagai ganjaran. 

“Jika Anwar secara jelas menuduh saya sebagai pemimpin lompat parti yang menerima habuan dari BN sebagaimana yang dikatakan, saya akan saman beliau. 

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya keluar PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti termasuk Anwar sendiri, tiada kaitan dengan habuan dari BN,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Anwar bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil- wakil rakyat yang meninggalkan PKR ditawarkan RM2 juta dan kontrak kerajaan berjuta-juta ringgit sebagai habuan. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah turut menafikan dakwaan Anwar itu sebaliknya menyifatkan tindakannya keluar dari PKR kerana mendapat desakan dari parti itu. 

“Malah, saya pernah ditawarkan beliau sebanyak RM8 juta supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, 

“Jika habuan yang saya kejar, lebih baik saya menerima tawaran beliau tetapi saya mementingkan khidmat kepada rakyat,” katanya.-sinar

Friday, May 28, 2010

TAEK JHO LOW PEMUDA MISTERI

Nama dia pun bukan macam nama cina malaysia jer.....misteri....misteri.....jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....umur baru 28 dah kayo....polik....polik.....kena siasat nie.....


Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

taek jho low and usher new york postPemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.
Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

pkr congres, kelantan 280510-03Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.
Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

SENARAI TERKINI BILLIONARE M'SIA

Banyak sungguh duit depa no.......hangpa semua bolehlah melelehkan ayaq liuq.....lagi la barang nak naik harga ni....lagi bertambah kaya la depa.....makin banyak lah ayaq liuq yang meleleh nanti.........wa sedih beb....wa sedih....kekayaan negara hanya untuk 20 - 40 orang nie....aduhh.....sadis.....








Individu terkaya Malaysia tambah kaya

Harta 40 individu terkaya meningkat 42 peratus kepada $101.39 bilion

JUMLAH harta yang dimiliki 40 individu paling kaya di Malaysia menjulang sebanyak 42 peratus kepada AS$51 bilion ($101.39 bilion), menurut senarai yang diterbitkan oleh majalah Forbes Asia.
Mengetuai senarai itu ialah pemilik konglomerat dagangan beras dan gula Kuok Group, Tan Sri Robert Kuok, yang bukan sahaja mengekalkan tempat pertama tetapi menikmati kenaikan nilai harta yang terbesar di kalangan 40 individu itu.Hartawan berusia 86 tahun itu mempunyai nilai harta sebanyak AS$12 bilion - satu kenaikan sebanyak AS$3 bilion pada 2008.Pemilik syarikat telekomunikasi, Maxis Communications, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua, dengan nilai hartanya meningkat sebanyak AS$1.1 bilion kepada AS$8.1 bilion.Tahun lalu, syarikat itu mengumpulkan AS$3.4 bilion - Tawaran Awam Awal (IPO) terbesar di negara itu.Daripada 10 individu terkaya di Malaysia, satu-satunya Bumiputera ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, yang menduduki tempat ke lapan dan memiliki harta sebanyak AS$1.7 bilion.Bekas pedagang beras itu menikmati kebanyakan kekayaannya melalui Malaysia Mining Corp (MMC), di mana beliau memiliki konsesi untuk mengoperasikan pelabuhan dan lapangan terbang di Johor. Beliau juga memiliki perkongsian dalam syarikat penjana kuasa, Malakoff.'Melalui syarikat yang disenaraikan, Tradewinds, beliau telah mengambil alih syarikat pembekal beras nasional Padiberas Nasional. Beliau juga memiliki Harrods di Malaysia dan menaja Muzium Kesenian Islam Malaysia,' menurut laporan Forbes Asia.Tempat ke 11 ialah Tan Sri Dato' Azman Hashim, yang memiliki harta bernilai AS$660 juta.Beliau mengendalikan bank kelima terbesar Malaysia, AmBank Group dan merancang meluaskan cabang perbankan Islam, AmIslamic Bank.Antara individu yang berjaya menyertai senarai Forbes tahun ini ialah adik beradik Encik Shahril Shamsuddin dan Encik Shahriman Shamsuddin yang menduduki tempat ke-23, dengan nilai harta sebanyak AS$270 juta.Dua beradik itu mempunyai perkongsian sama rata dalam Sapura Group, yang diasaskan oleh bapa mereka.Encik Shahril merupakan Ketua Eksekutif syarikat minyak dan gas, SapuraCrest Petroleum, yang menyumbang sebahagian besar harta mereka, menurut kenyataan Forbes, semalam.Seorang lagi muka baru dalam senarai itu ialah Encik A.K Nathan, yang mempunyai nilai harta sebanyak AS$250 juta. Syarikatnya, Eversendai, terlibat dalam beberapa projek binaan terkenal di Timur Tengah termasuk bangunan paling tinggi di dunia di Dubai, Burj Khalifa.Tiga individu, yang sebelum ini terkeluar dari senarai itu, berjaya menyertai senarai itu.Paling terkenal ialah Ketua Eksekutif CIMB Group yang juga adik Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Nazir Razak. Beliau menduduki tempat ke 31 dan mempunyai nilai harta sebanyak AS$145 juta.-forbes asia

Thursday, May 27, 2010

KISAH BELAKANG TABIR TANAH KTM

Alkisahnya disebutkan SiBongkok Tanjung Puteri akan bangkit...bagi  menghalang cita-cita najib untuk meluaskan jajahan takluk Temasek diTanah Melayu.....bila dia tengok gambar nii.....hihihihihihi.......


GAS MUGILAN TAK BERNYALA

Tempahan diPWTC telah dibatalkan oleh tangan-tangan ghaib....nampak gaya mugilan kena cari tempat lain...wa cadangkan mugilan jumpa MB khalid....selangor banyak tempat maa....jangan malu-malu....nak kumpul 10000 orang tu....ramai tu bukan sikit....dewan tak muat kena pakai stadium tu.....ala lu jumpa aje MB Khalid....kecik tapak tangan stadium melawati ditadahkan.....tak gitu MB Khalid.....

BN menunggu kehancuran


PWTC batal tempahan lokasi kempen GAS desak Samy

Dengan pembatalan lokasi itu, kempen tersebut yang pertama kali ini diadakan menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu, akan dianjurkan di tempat lain.
The Malaysian Insider difahamkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dimaklumkan tentang pembatalan itu oleh PWTC lewat petang ini.
Ketika bertemu media pagi tadi Mugilan memaklumkan wartawan bahawa ia akan diadaka di PWTC sebagaimana telah dirancang.
Mugilan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengesahkan pihaknya dimaklumkan bahawa pengurusan PWTC telah membatalkan tempahan yang dibuat awal minggu ini.
“Bagaimanapun kami akan meneruskan kempen ini. Kami akan mengadakan di tempat lain... maklumat lanjut, saya akan umumkan esok,” kata beliau.
Mugilan mendakwa beliau percaya pengurusan PWTC berhadapan dengan tekanan daripada Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Biasanya, MIC akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya di PWTC dan kali ini dijadualkan bulan Julan ini.
“Mungkin mereka beranggapan bahawa saya hanya bayar untuk sekali sahaja, manakala MIC bayar setiap tahun kerana perhimpunan agung tahunan diadakan setiap tahun di PWTC... tak mengapa,” katanya.

MALAYSIA BANKRUP 9 THN LAGI-IDRIS JALA

Ini berita... bapak berita dari segala berita....wei....negara bankrup 9 thn lagi kalau subsidi masih kekal....ini sudah bagus berita baik....ini menunjukkan kerajaan UMnoBN sekarang yang diagung-agungkan oleh para pencacainya...memang bangang...tak tau urus negara....ada tanah bagi kat orang...tak bangang ke tu... duit habis disapu buat harta sendiri....macamana tak bankrup.....tokeh judi pun boleh gulung tikat camni....ala....sebenarnya itu semua alasan nak naikan harga minyak...harga barang....Ingat ni....kalau jumpa ular sawa dan ular hitam....bunuh dua-dua sekali....ingat pesan den ni.....



Malaysia berisiko jadi Greece-Idris Jala


Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peartus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece,akhirnya," kata Indris merjuk kepada ahli Kesatuan eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

RUPO EZAM LEPAS JADI SENATOR

Jangan terperanjat inilah rupo ezam jilatinajib sekarang......

mangkuk ayun ni tak habis-habis nak menjaja isu liwat nie...memang jenis celaka lahanat tukang tabur fitnah..berak merata-rata...juga penjilatinajib 

Ezam buat tuduhan jahat


SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.-sinar

BN - BARANG NAIK MINYAK NAIK 15sen

BN - nak tau apa itu BN....Buat No..hal...Bank Niamakahai....Bini Najib....Barang Naik...Barisan Neraka...Budak Najib....Budak Namjahanam.....Blablablablablabla......itu lah dia....Hidup...BN



Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg

a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

BINI KE2 - ASHAARI YG BUAT TSUNAMI DIACHEH

Wahh....ini betul-betul dah level tuhan ni...ashaari nie....sampai macam tu punya taksub pengikut dia kat dia...siap kata abuya yang buat tsunami menenggelamkan acheh...dan siapa nak selamat kena sebut nama dia...abuya...abuya..tolong kami...gerenti selamat....ini hukumnya syirik...kafir....kerana menduakan Allah...hai wa tak taulah bila nak habis ajaran yang macam ini...semua mengaku wali...ulama tapi menyesatkan...dunia akhir zaman kot...macam tulah...macam-macam hal...korang kena ingat sekalipun orang itu mengaku wali ke ulama ke dan ada sedikit magik tapi jika membawa menduakan Allah...macam kes ini...itu semua kerja syaitan...bukankah kerja syaitan tu menyesatkan orang Islam....bukan hanya dalam bab dunia...bab akhirat pun dia boleh menyesatkan kita....sebab itu memang kerja dia dan dia memang pakar...ingat ibliskan dulu ketua malaikat...tinggi tu level dia....nabi pun selain nabi muhammad dia boleh kencingkan...apalagi orang macam ashaari....macam kita nie....gampang itu...kata orang Indon....sebab itu Nabi Muhammmad SAW berpesan bersederhanalah kamu dalam semua perkara....ingat tu...bukan den kato....nabi yang kato....



TERPESONG: Buku yang ditulis oleh isteri kedua Allahyarham Asaari, yang mendakwa suaminya mempunyai kuasa untuk terbangkan air lautan sebesar gunung.

Isteri dakwa Asaari yang arah terjadi tsunami

Lancar buku di Jakarta sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam meninggal

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Asaari Muhammad, atau Abuya, meninggal dunia, isteri keduanya, Cik Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya yang mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah bekas pemimpin Al-Arqam itu.
Beliau turut mendakwa Allahyarham Asaari akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.Buku berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu.Ia mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat, yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta pemerintah Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di Malaysia dan hanya diedarkan kepada ahli saja.Dalam buku 83 halaman itu, Cik Hatijah mendakwa Allahyarham Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.'Abuya Asaari itu 'power' yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam.'Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu' tulis Cik Hatijah dalam bab tiga buku itu.Malah, bagi menggambarkan keajaiban Allahyarham Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Cik Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.'Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit 'Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong!''Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak 'Abuya tolong!' dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya'.Cik Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu itu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.Setiausahanya, Encik Rafani Akhyar, berkata tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah swt yang mampu berbuat demikian. -- BHM.

Wednesday, May 26, 2010

VELLA PAARI PECAH LUBANG

La ni kalau hangpa tengok.....rata-rata blogger dan penjilat umno...semuanya pakat kutuk dan melondehkan sivella pari ni(nasib baik tak ikan pari)....dulu dia orang ini jugaklah yang menjilat buntut sivella pari ni....sekarang maut sivella pari dibuatnya....wa cadang kat tok samy dan sivella pari ni...mai bawak MIC masuk Pakatan Rakyat....lawan BN dalam PRU13 nanti....wa gerenti ramai orang UMno dan Bn yang mati terbeliak...tak pun dia orang datang semula jilat lu orang balik....ada berani ka tok samy....


Anak Samy: ‘Ayah saya tolak gelaran Tun, jawatan duta’


KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”
“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

KHALID SAMAD CABAR EZAM BERTANDING

Berani ke sibudak Ezam lahanatun tu....tapi kan wa rasa lawan sekarang tak payah tunggu PRK13....lama sangat...kasi benam betul-betul budak lahanat tu....dia ingat dia tu bagus sangat....cinabeng punya budak....tapi kan wa rasa jugak ah...BN pun tau siEzam ni gerenti kalah dia tak akan letak ezam punya....percayalah.....


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid berkata, Ezam yang baru-baru ini dilantik sebagai senator perlu membuktikan yang beliau mempunyai sokongan di kalangan warga Shah Alam dengan menghadapinya dalam pemilihan tersebut.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ezam pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.-mkini

APA DAH JADI SEKOLAH KAT RAWANG NI

Hari itu wa pending laporan ni....hari ni wa sahkan berita tu....majoriti sekolah ini pelajar india...setahu aku tempat lain tak adalah teruk sampai macam tu sekali...mana dia pemimpin-pemimpin orang India nie...terutamanya dari PR ...tidor ke...dari korang sibuk pasal pecat memecat ni bau kau settle masalah ni....ada jugak faedahnya....polis hah.. tak payah tunggu laporan baru nak buat kerja...korang punya spy kan banyak...pergilah ushar...lepas tu ambush....apa susah....Inilah padahnya kalau pemimpin semua tidor.....

PERBUATAN 'NAKAL': Dua pelajar duduk sambil memerhatikan keadaan sedang rakan-rakan sekumpulan mereka yang bersembunyi dekat motosikal melukis grafiti di sebuah tembok dekat sekolah berkenaan. -- Foto THE STAR


School of terror
RAWANG, MALAYSIA - Students at a co-ed secondary school in Rawang, Selangor, dread going to school every day knowing what awaits them when they step into the compound. Groups of boys randomly pounce on their schoolmates almost every day, demanding protection money ranging from RM8 to RM36.
Those who refuse to pay are assaulted or mocked until they pay up.
Violent attacks, rapes and drunken binges by schoolboys spewing four-letter words are all common in this school.




CLICK to view graphic.


And it's not just fellow students who are afraid. Residents outside the school are equally afraid of these schoolboy gang members.
The Starprobe team went undercover to talk to students, former students, parents, teachers and residents, revealing a sorry story of triad activities, drug distribution, alcoholism, vandalism and sexual crimes.
-The Star/Asia News Network

KECIK-KECIK DAH JADI TAIK JUDI

Selamat untuk tokeh judi bola negara mr vincent tan....selamat jugak untuk pemberi-pemberi lesen judi....semoga   generasi kini akan membesar sebagai taik judi....laki bini akan maki memaki.....kawan akan jadi lawan...along-along akan cepat jadi jutawan....duit mak anak curi duit bapak habis kat judi....last-last semua tokeh cabut lari luarnegeri....


NONE

Remaja kerugian $3.4j dalam judi


PORT KLANG: Seorang remaja lelaki yang menceburi kegiatan judi taruhan tinggi pada usia 16 tahun telah mengalami kerugian berjumlah RM8 juta ($3.4 juta) apabila dia berusia 19 tahun.
Remaja lelaki itu, seorang anak jutawan, didakwa mengikuti jejak bapanya yang kuat berjudi dan akhirnya kerugian jutaan ringgit akibat bertaruh dalam perlawanan bola sepak menerusi Internet.Tabiatnya yang gemar bertaruh terlalu teruk sehingga dia digelar 'Naga Kecil' di kalangan teman judinya.Kelmarin, pengerusi Barisan Nasional (BN) Klang, Datuk Teh Kim Poo, yang gagal memujuk remaja itu menemuinya bagi sesi nasihat, berkata tabiat berjudi remaja itu berpunca daripada bapanya, yang juga seorang 'tahi judi'.'Remaja ini membesar dengan melihat bapanya berjudi dan pada usia 16 tahun, dia mula berjudi selepas ejen-ejen perjudian menawarkannya kemudahan kredit sebanyak RM100,000.

JERUNG PANDAI KENCING JERUNG LEMBIK

Macam nilah....tanah kita tapi ada orang nak...itu ok....kemudian dia ganti dengan tanah dia ditempat yang lain yang mungkin sama nilainya ini pun ok gak...tapi dengan syarat kemudiannya dia kata....tanah you yang baru tu kita develop sama-samalah you 60 I 40 you tak payah keluar modal...amacam ok tak....pada pendapat korang bisnes apa yang jenis macam nie....korang pikirlah ikhlas ke tak ikhlas dia buat offer tu....tanah kita dia ambik..dia buat bisnes tanpa share dengan kita....kemudian tanah dia yang nak tukar tu....dia ajak kita share pulak dengan dia kalau nak tanah dia...wah....banyak cantik...ini betul-betul stail george soros jerung kencing jerung...jerung pandai kencing jerung lembik....kenapa pulak kita perlu share dengan dia....atas dasar apa kalau kita terima offer dia tu...tak masuk akal beb....melainkan kalau kita bodoh and stupid aje yang terima offer macam tu....lainlah kalau situasi kita sebagai broker atau ajen yang menjalankannya selaku orang tengah tentunya hanya memikirkan komisen yang kita dapat....asal saja projek jalan...jadi posisi najib nie dekat mana....lu tolong pikir beb....sebab la ni....semua orang umno kata....bisnes ni ada untung....wa tak tau nak labelkan tahap iq dan eq dia orang ni kat mana....

Disinikah tapak cadangan pertukaran tanah ktm dimarina bay dimana projek kasino terbesar diAsia sedang dibuat

Malaysia-Singapura dapat manfaat

JOHOR BAHRU 25 Mei - Kejayaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan beberapa isu tertangguh disifatkan sebagai langkah bijak yang boleh memberi manfaat serta  kemajuan secara realistik kepada kedua-dua negara.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.
Ia khususnya perpindahan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).
Menurutnya, berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.
"Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.

Tuesday, May 25, 2010

TUN M HANG TIDOQ KA....

Masuk kali ni entah berapa puluh kali wa bukak blog dia....asyik-asyik pasal bakun tu aje yang ada....ni bila Tun nak cakap ni...pasal najib yang dah buat deal dengan s'pore ni Tun....negara dah kecoh pasal tanah KTM nie....lombong minyak kat limbang dah selamat....pulau batu putih dah selamat....jambatan bengkok dah selamat....tanah KTM pun nak selamat jugak kah Tun....awat Tun lambat bebenor nak cakap nie...wa orang semua tunggu maa....dalam banyak-banyak hal wa respek Tun punya stail dengan s'pore nie....hal lain wa kurang respek...kamon Tun... ulat bulu dah naik kepala nie....najib dah terlebih-lebih sudah nie....habis semua dia nak bagi s'pore....copek sikit Tun....

dr_mahathir.jpg Tun Dr Mahathir image by monkey_smoking

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran