Wednesday, May 5, 2010

TENGKU FAKHRY DITAHAN POLIS


Gambar Tengku Anis menyuapkan makanan kepada Sultan Kelantan ketika majlis minum petang bersama anak-anak yatim di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Mac lalu.


KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.

Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Satu sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.

Kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam.

Semasa kejadian, turut berada dalam salah sebuah kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.- KOSMO


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran