Friday, May 14, 2010

BEZANYA PM OMPUTIH

Menyedari negaranya ekonomi tak begitu baik...sehari jadi pm terus umum gaji dia dan menteri dipotong...tak de gila nak ngumpul harta bertan-tan...itulah bezanya PM omputih dengan PM melayutih.....cakaplah apa pun bantailah skandal apapun....malaysia boleh....

DAVID CAMERON (kiri) mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya yang pertama di 10 Downing Street, London semalam.

CAMERON (kiri) bersama Timbalannya, Clegg di luar     10 Downing Street di London, semalam selepas membentuk kerajaan.
CAMERON (kiri) bersama Timbalannya, Clegg di luar 10 Downing Street di London, semalam selepas membentuk kerajaan.
LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan.
Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.
Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.
Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).
Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).
Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.
Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran