Saturday, May 15, 2010

DEWAN PENYOKONG PAS DILANCAR

Semoga lepas ini Pas dan PR akan bertambah kuat dan digeruni kawan dan lawan....sure lepas ni..UMnoBN mesti tiru punya..dan menubuhkan satu sayap baru...yang dinamakan...Patahnya Sayap Malam....ahaks...


KUALA LUMPUR, 15 Mei — Dewan Himpunan Penyokong PAS, sayap baru bagi mengiktiraf penyokong bukan Islam dalam parti itu akan dilancarkan 23 Mei ini.
Langkah itu dilihat diambil untuk mempertingkatkan sokongan pengundi-pengundi bukan Islam kepada parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini sudah memberi lampu hijau kepada pelancaran itu yang akan berlangsung di Klang, Selangor.
Dewan Himpunan Penyokong PAS dibentuk dengan menaik taraf Kelab Penyokong PAS, yang ditubuhkan enam tahun lalu dan menjadi salah satu komponen sokongan kepada parti Islam ini dalam pilihan raya umum 2008.
Ia disahkan oleh Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa ketika dihubungi baru-baru ini.


“Dewan Himpunan Penyokong PAS diluluskan awal tahun. Segala urusan sudah berjalan dengan lancar, termasuk taklimat kepada pihak-pihak terbabit,” kata Mujahid kepada The Malaysian Insider.
Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS dilihat sebahagian usaha susulan parti itu untuk menarik sokongan penyokong bukan Islam walaupun kuasanya masih dilihat terhad.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban.
Mujahid memberitahu, usaha mengiktiraf ‘kehadiran’ penyokong bukan Islam dalam bentuk “dewan” akan membolehkan mereka menjadi pemerhati khas dalam muktamar.
PAS akan mengadakan muktamar pertengahan bulan depan.
Dewan Himpunan Penyokong PAS ini akan diketuai oleh pengerusi.
Menurut beliau, pelantikan pegawai-pegawai baru juga akan diumumkan pada hari pelancaran dewan itu minggu depan.
Usaha naik taraf itu dibolehkan dengan mengadakan perlembagaan tersendiri tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.
Mujahid berkata, perlembagaan induk membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.
Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong sebagai sayap baru kepada parti itu bukan bertujuan menyingkirkan DAP daripada Pakatan Rakyat.
“Malah, kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP  dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS,” kata beliau di Kota Baru hari ini.-malaysiainsider

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran