Wednesday, May 26, 2010

JERUNG PANDAI KENCING JERUNG LEMBIK

Macam nilah....tanah kita tapi ada orang nak...itu ok....kemudian dia ganti dengan tanah dia ditempat yang lain yang mungkin sama nilainya ini pun ok gak...tapi dengan syarat kemudiannya dia kata....tanah you yang baru tu kita develop sama-samalah you 60 I 40 you tak payah keluar modal...amacam ok tak....pada pendapat korang bisnes apa yang jenis macam nie....korang pikirlah ikhlas ke tak ikhlas dia buat offer tu....tanah kita dia ambik..dia buat bisnes tanpa share dengan kita....kemudian tanah dia yang nak tukar tu....dia ajak kita share pulak dengan dia kalau nak tanah dia...wah....banyak cantik...ini betul-betul stail george soros jerung kencing jerung...jerung pandai kencing jerung lembik....kenapa pulak kita perlu share dengan dia....atas dasar apa kalau kita terima offer dia tu...tak masuk akal beb....melainkan kalau kita bodoh and stupid aje yang terima offer macam tu....lainlah kalau situasi kita sebagai broker atau ajen yang menjalankannya selaku orang tengah tentunya hanya memikirkan komisen yang kita dapat....asal saja projek jalan...jadi posisi najib nie dekat mana....lu tolong pikir beb....sebab la ni....semua orang umno kata....bisnes ni ada untung....wa tak tau nak labelkan tahap iq dan eq dia orang ni kat mana....

Disinikah tapak cadangan pertukaran tanah ktm dimarina bay dimana projek kasino terbesar diAsia sedang dibuat

Malaysia-Singapura dapat manfaat

JOHOR BAHRU 25 Mei - Kejayaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan beberapa isu tertangguh disifatkan sebagai langkah bijak yang boleh memberi manfaat serta  kemajuan secara realistik kepada kedua-dua negara.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.
Ia khususnya perpindahan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).
Menurutnya, berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.
"Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.

"Dalam hal ini juga, kita tidak perlu mengeluarkan modal kerana tanah di Tanjung Pagar akan dijadikan modal Malaysia dalam melaksanakan projek pembangunan bersama antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kedua-dua Perdana Menteri menyelesaikan masalah tertangguh yang dipersetujui bersama pada 1990.
Shahrir mengakui, apa yang dipersetujui oleh Najib dan Hsien Loong adalah hasil usaha yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Begitu juga dengan pengenalan perkhidmatan rel pantas atau sistem transit pantas (RTS) yang menghubungkan Tanjung Puteri, Johor ke Woodlands, Singapura, yang akan meringankan beban dan tekanan yang sering menghantui kira-kira 40,000 pekerja negara ini yang berulang alik menaiki bas untuk bekerja di Singapura.
"Pada masa ini seramai 40,000 pekerja terbabit bergantung sepenuhnya pada perkhidmatan bas awam sama ada yang disediakan oleh syarikat Malaysia mahupun Singapura, namun jumlah itu tidak mencukupi terutamanya pada waktu puncak.
"Maka dengan adanya kemudahan RTS, ia mampu menyelesai dan meredakan tekanan yang dihadapi 40,000 pekerja terbabit yang berulang-alik ke Singapura setiap hari," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kejayaan Malaysia-Singapura menyelesaikan isu tertangguh itu sebagai perkembangan menarik.
Namun menurutnya, masih banyak perkara perlu dinilai dan diperbincangkan secara terperinci supaya pelaksanaannya dapat berjalan dengan baik dan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.
"Misalnya perpindahan stesen KTMB dari Tanjung Pagar ke Woodlands perlu dinilai dari segi kewangannya. Begitu juga dengan perjanjian air, harus diberi penilaian sepenuhnya," katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Maulizan Bujang pula yakin penyelesaian itu tidak merugikan mana-mana pihak malah mampu mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
"Saya juga mengharapkan rakyat jelas dan nyata dengan apa yang diputus dan dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura itu.
"Saya juga mengharapkan ia tidak dijadikan isu atau dijadikan modal politik bagi pihak yang suka menangguk di air yang keruh " katanya sambil menyifatkan keputusan itu sebagai situasi menang-menang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman turut menyifatkan kejayaan menyelesaikan isu tertangguh itu hasil kebijaksanaan kedua-dua pemimpin berkenaan.
"Kejayaan ini adalah petanda kebijaksanaan Perdana Menteri kita berunding dan berbincang dengan rakan sejawatannya.
"Saya melihat keputusan yang dibuat antara Malaysia dan Singapura ini memberi keuntungan dan akan memacu pembangunan yang lebih pesat antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau yakin pembangunan pesat yang dibawa ke bandar raya ini akan mengubah landskap Johor Bahru pada masa akan depan.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran