Wednesday, May 19, 2010

SAYA AKAN MUSNAHKAN MEREKA - TOK SAMY

Tok samy dah mula merepek meraban....akan musnahkan siapa sahaja yang kacau parti dia sebelum letak jawatan....wah dasat betul bunyi dia...ye.la baru sekejap buat kenyataan mugilan akan dikenakan tindakan...ganas betul samy vellu ni....patutla boleh jadi presiden sampai puluhan tahun......


"Saya Akan Musnahkan Mereka Yang Musnahkan Parti, Tegas Samy Vellu
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di sini.

Samy Vellu yang telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil.


"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya kepada kira-kira 300 perwakilan pada konvensyen itu.

Pada sidang akhbar sebelum konvensyen itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

-- BERNAMA
themalaysianinsider
Samy Vellu berkata, Mugilan merupakan salah seorang daripada mereka yang bertindak bertentangan dengan kepentingan BN selepas Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor itu gagal daripada dicalonkan sebagai calon.
Presiden MIC itu mengeluarkan kenyataan ini kira-kira tiga jam selepas Mugilan menggesa Samy Vellu supaya berundur dengan segera, jika boleh hari ini juga.
Sekiranya Samy Vellu (gambar) masih memerlukan masa, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sehingga akhir tahun ini tetapi bukan tahun depan, kata Mugilan.
Mugilan yang disebut-sebut akan dipilih sebagai calon BN untuk bertanding di Hulu Selangor 25 April lalu membuat desakan ini tidak sampai 24 jam Samy Vellu mengumumkan tarikh ‘muktamad’ untuk melepaskan jawatannya yang disandang sejak 1979.
Samy Vellu berkata, MIC sebenarnya mahu mengambil tindakan ke atas Mugilan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi ia ditangguhkan.
Dua hari sebelum penamaan calon MIC ada membuat keputusan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pihak yang menerima nama lain selain Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel sebagai wakil MIC di Hulu Selangor.
Samy Vellu pernah berkata nama Mugilan berada paling atas dalam senarai.
Malah Presiden MIC itu berkata, Mugilan bertindak sebagai alat pihak tertentu dan telah menghalang Palanivel daripada bertanding semula di Hulu Selangor pada 25 April lalu.
Semalam, Samy Vellu, presiden paling lama menerajui parti itu berkata beliau akan mengosongkan jawatannya pada suku ketiga tahun depan.
Pemimpin veteran memutuskan untuk melepaskan kedudukannya sama ada Ogos ataupun September 2011.
Samy Vellu berkata, beliau sudah memutuskan untuk meninggalkan parti itu lapan hingga sembilan bulan sebelum mandat penggal semasa yang akan berakhir pada 21 Mei 2012.
Dalam kenyataannya tengah hari ini, Mugilan berkata, beliau terpaksa membuat kenyataan ini kerana Samy Vellu telah dua kali mengubah pendirian tentang pelan peralihan kuasa.
Meskipun Samy Vellu secara terbuka menyatakan pendiriannya semalam puak yang menentang kepimpinan beliau sangsi pelan peralihan kuasa akan menjadi realiti.
Mugilan menjangkakan MIC akan meneruskan prestasi buruk jika Samy Vellu terus memimpin parti ini.
Mugilan juga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan tegas ini kerana didorong oleh mana-mana pihak termasuk Umno.
“Tidak! Saya orang MIC, jadi saya orang India (ahli MIC). Saya dipilih oleh perwakilan Pemuda MIC.
“Saya mempunyai tanggungjawab kepada parti, jadi saya minta Samy Vellu supaya letak jawatan,” katanya.
Ditanya apakah beliau tidak memikirkan risiko dengan kenyataan hari ini, Mugilan dengan yakin berkata, tiada ruang untuk Samy Vellu mengambil tindakan ke atasnya.
“Samy Vellu sendiri pernah mendesak (Tun) Sambanthan (bekas presiden MIC) meletakkan jawatan.
“Jika beliau mahu mengambil tindakan terhadap saya, Samy Vellu merupakan orang pertama yang perlu dikenakan tindakan disiplin kerana mendesak Sambanthan berundur (pada 1960-an),” katanya.
Sehubungan itu, Samy Vellu berkata beliau akan kekal dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh “lapan atau sembilan bulan” sebelum mandat kepimpinannya berakhir Mei 2012.
“Tiada apa yang akan mengubah fikiran. Saya kekal dengan keputusan saya,” kata beliau.
Samy Vellu berkata keputusannya untuk mengosongkan kerusi presiden lebih awal daripada Mei 2012 “diputuskan sendiri, tanpa ditekan oleh sesiapa ataupun mana-mana kumpulan.”
“Saya akan terus memastikan MIC bebas daripada usaha ia dimusnahkan. Kami tidak mahu mereka yang menjadi alat kepada mana-mana pihak,” katanya dengan merujuk kepada Mugilan.
Samy Vellu berkata masyarakat India mengetahui sumbangan beliau kepada parti dan mereka.
“Biar mereka yang menilai (saya),” katanya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran