Friday, May 21, 2010

JUDI DOA MINTA MATI DIRI ATAU KARIER-NIK AZIZ

Kalau dah tak ada cara lain nak hapuskan judi ni....Pakat mintak dengan tuhanlah gamaknya....kita ikut saranan  nik aziz nih...biar mampuih cepat semua yang bersubahat....

MALAYSIA
KOTA BARU, 21 Mei — Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati... mati diri atau mati karier politik.”
Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.


Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.
“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.
“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.
Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.
Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.
Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.
“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.
“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.
Dalam pada itu, Nik Aziz membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.
“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.
“Kalau zaman dulu, orang macam ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.-TMI


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran