Menurut sumber, Baginda dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Hamid dijadual menaiki pesawat persendirian pada jam 2.30 petang tetapi dibatalkan kerana kapalterbang itu tidak mendapat kebenaran untuk berlepas.
Pada 4 Mei lalu, Tengku Anis berkata anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanannya dan Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7.45 malam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian dan menurut Tengku Anis “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.
Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.-MKINI
No comments:
Post a Comment