Monday, May 24, 2010

RM15juta PROMOSI ISTIADAT PERTABALAN YDB N9

Besar jumlah itu...diharap ada hasilnya....dan tidak dikategorikan sebagai berlebih-lebih pulak....




Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Akan Disiar Discovery Channel
KUALA PILAH, 24 Mei (Bernama) -- Kira-kira 660 juta penonton di seluruh dunia dijangka menyaksikan dokumentari mengenai pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Oktober lepas yang akan disiar oleh Discovery Channel mulai 30 Mei ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata dokumentari selama 45 minit bertajuk "Revealed: Malaysia's Royal Rites Negeri Sembilan", itu akan ditayangkan kepada penonton khususnya di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

"Dunia akan menyaksikan keunikan pertabalan diraja dan ini akan mengangkat Seri Menanti sebagai destinasi pelancongan," katanya ketika berucap pada majlis tayangan perdana dokumentari itu, di sini Ahad malam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tuanku Muhriz dan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Ng berkata salinan DVD dokumentari itu yang dibiayai kementeriannya dengan kos AS$5 juta (AS$1=RM3.31) juga akan diberi kepada agensi pelancongan dan kedutaan Malaysia di seluruh dunia serta akan dipertontonkan di Pavilion Malaysia semasa 'Shanghai World Expo' di China.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran