
TERPESONG: Buku yang ditulis oleh isteri kedua Allahyarham Asaari, yang mendakwa suaminya mempunyai kuasa untuk terbangkan air lautan sebesar gunung.
Isteri dakwa Asaari yang arah terjadi tsunami

Lancar buku di Jakarta sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam meninggal

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Asaari Muhammad, atau Abuya, meninggal dunia, isteri keduanya, Cik Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya yang mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah bekas pemimpin Al-Arqam itu.
Beliau turut mendakwa Allahyarham Asaari akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.Buku berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu.Ia mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat, yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta pemerintah Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di Malaysia dan hanya diedarkan kepada ahli saja.Dalam buku 83 halaman itu, Cik Hatijah mendakwa Allahyarham Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.'Abuya Asaari itu 'power' yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam.'Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu' tulis Cik Hatijah dalam bab tiga buku itu.Malah, bagi menggambarkan keajaiban Allahyarham Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Cik Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.'Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit 'Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong!''Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak 'Abuya tolong!' dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya'.Cik Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu itu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.Setiausahanya, Encik Rafani Akhyar, berkata tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah swt yang mampu berbuat demikian. -- BHM.
No comments:
Post a Comment