
Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah AktauParlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.
“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.
No comments:
Post a Comment