Wednesday, December 30, 2009

Politik Hujung-Hujung Nyawa...
30 dis 09

Benarkah KJ & Zahid berpakat jatuhkan Najib?

Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.

KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.

Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.

Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.

Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?

Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.

Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.

Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.

Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.

Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.

Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.

Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh ‘hilang’ selepas ini?

Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?

Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.

Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.

-NurAflah

Tuesday, December 29, 2009

Husam - Pukul Anak Sindir Menantu
29 dis 09

Cetusan Hati Husam dari blognya...yang faham fahamlah yang tak faham pergilah ngaji lagi....

Malaysia atau diri

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi jugamorally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isugovernance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.


Saturday, December 26, 2009

Enjin F5E Yang Hilang Ada DiArgentina
AS Minta Laporan
26 dis 09

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk

siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.

Sumber memberitahu Berita Harian, perkara itu sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Kerajaan Malaysia melalui Kedutaan AS di ibu negara.

"Kehilangan peralatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh isu keselamatan. Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan," katanya.

KUALA TERENGGANU - Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dikesan berada di Argentina.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/ne_02.2.jpgKetua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu masih berada di negara berkenaan.

“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Aregntina. Kami perlu periksa sama ada enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.

Laporan berita minggu ini menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.

Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. - AFP




Thursday, December 24, 2009

Dialog Nazri dan SNU
24 dis 09


Episod Menteri diJabatan Perdana Menetri Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz mengelar Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai “Bloody Racist” kerana mempertahankan Biro Tatanegara Negara (Yang berada sebagai agensi bawah Jabatan Perdana Menteri) dan kemudian digelar pula “Bapa Perkauman” dan “Enggan meminta maaf”, apabila ditegur pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, menampakkan jelas keceluparan terlampau, keangkuhan, sikap tidak matang dan ketidak sopanan.

Kami menerima transkrip seorang ahli UMNO Johor yang mengambil inisiatif untuk menegur pemimpin Majlis Tertinggi UMNO ini tentang sikap dan tindakan tidak melambangkan kedudukan yang beliau sandang, dari perspektif masyarakat, politik dan hierarki pentadbiran.

Watak dalam interaksi sms ini ialah:

Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah.

DS Nazri Y.B Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas

Kami diBigDogDotCom telah berjaya mendapatkan persetujuan SNU untuk menyiarkan interaksi sms ini agar masyarakat umum menilai sendiri sikap dan keperibadian Menteri Kabinet DiJabatan Perdana Menteri ini.

Sang Nila Utama: As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini. 1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak. 2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM. 3) Tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna kenyataan Dato Ser’ adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2 Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini. Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato’ Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri.

DS Nazri: Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

Sang Nila Utama: Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato’ Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pebangkang.

DS Nazri: Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah!

Sang Nila Utama: Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato’ Seri. Kalau Dato’ Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato’ Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato’ Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu.

DS Nazri: Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini.

Sang Nila Utama: Soalnya adakah Dato’ Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri’ dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar.

DS Nazri: Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang.

Sang Nila Utama: Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri. Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato’ Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato’ Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato’ Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato’ Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL. Insya’allah saya akan berhadapan dengan Dato’ Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam.

DS Nazri: Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu.

Sang Nila Utama: Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato’ Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato’ Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato’ Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato’ Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya? Jelas kelihatan sikap Dato’ Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif. Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri’ segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato’ Seri.

DS Nazri: Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham!

Sang Nila Utama: Saya bukan ajar Dato’ Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato’ Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato’ Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk. Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato’ Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral? Sepatutnya pemimpin seperti Dato’ Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato’ Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir.

DS Nazri: Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!!

Sang Nila Utama: Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si “buta” sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato’ Seri yang bertaraf seorang Menteri. Memang saya tahu Dato’ Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato’ Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato’ Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato’ Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri?

DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

Sang Nila Utama: Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri’ agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti.

DS Nazri: Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu.

Sang Nila Utama: Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato’ Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato’ Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti.

Interaksi tamat, apabila Nazri tidak lagi membalas selepas text yang terakhir di atas. Kami yakin mengenai kesahihan ini kerana Nazri sebenarnya cuba untuk menyelidiki gerangan Sang Nila Utama ini (berbekalkan dengan no. keahlian UMNO yang diberikan dalam sms tersebut).

Kami sebagai ahli UMNO sebenarnya amat malu kerana ujud pemimpin dengan budi pekerti dan sikap sedemikian, yang dikira sebagai mengkhaianati ‘Perjuangan’, prinsip dan landasan UMNO dan Bangsa Melayu.

Nazri yang membelakangkan “Kesopanan dan kesusilaan” dengan keceluparan yang melampau dan biadap ini sebenarnya memberikan contoh tidak baik bagi rakyat Malaysia, terutama golongan muda dan remaja. Sekaligus ianya membelakangkan Prinsip KeV Rukunegara,sebagai landasan Gagasan ‘1 Malaysia’ PM Najib.

Friday, December 18, 2009

Bung Mokhtar dan Zizie Dah Selamat
18 dis 09

Sahh?.....kata tok kadi.........sahhhhh.......jawab para saksi.....itupun nak berahsia-rahsia lagi...panau kat badan bolehlah nak sorok-sorok ini kahwin beb...sorok macamana pun orang tau punya...apalah punya mamat ni...takut saham MP turunkah....berani buat berani tanggunglah....

"Dah selamat"...kata Datuk Bung


Walaupun Datuk Bung Mokhtar Radin dan Khaty Fauziah, ibu pelakon Zizie Izette menafikan Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah berkahwin dengan anaknya, panggilan telefon di buat Ahli Parlimen Barisan Nasional Sri Gading, Johor Datuk Mohamad Aziz mungkin memberi jawapan yang dicari."Dah selamat"...itu kata Bung Mokthar padanya ketika beliau menghubungi rakannya itu awal petang Khamis untuk bertanya khabar sebenar mengenai soalnya dengan Zizie.Malah, Agendadaily yang berada di sisi Mohamad ketika itu, mendengar Ahli Parlimen Sri Gading mengucapkan tahniah dan mendoakan sahabatnya itu sentiasa bahagia.Mohamad juga berpesan supaya Bung Mokhtar jangan berahsia lagi, biar kawan-kawan tahu kerana ucapan tahniah kawan-kawan adalah doa.Perbualan dua sahabat yang sering mengegarkan sidang perbahasan di Parlimen itu menjawab segala teka-teki dan ketidakhadiran Bung Mokhtar di Parlimen sejak beberapa hari lalu termasuk Khamis, hari terakhir persidangan penggal ini.-agendadaily

Wednesday, December 16, 2009

Bila Orang Kuat Utusan Buat Mogok
16 dis 09

Nampak dah macam ludah kelangit hinggap muka sendiri.....ingat ni pesan orang tua-tua buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali...sendiri buat sendri tanggunglah...

Pengarang kanan kontroversi Utusan Malaysia hari ini melancarkan mogok menulis kolumnya selepas berdepan dengan tiga aduan polis berhubung artikelnya "kaum India suka kecoh" minggu lalu.

Di ruangan kolumnya 'Cuit', Zaini Hassan dilakarkan dalam keadaan mulut bertampal - sebagai lambang kunci mulut - sementara di paparan komputernya terlekat tulisan "tutup."

Ia menyatakan sebab kolum ditutup minggu ini dan menggalakkan pembaca menilai sendiri artikel 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' 9 Disember lalu dan juga surat pembaca berhubung isu tersebut.

Khamis lalu, ketua biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.-mkini
Krisis 15 Disember
16 dis 09

Untung sabut timbul untung batu tenggelam....nampaknya MP MP pakatan dah jadi batu tenggelam semuanya....untung jadi MP Bn jadi sabut dapat timbul....dapat selamatkan kerajaannya....kalaulah semuanya jadi batu alamat kacau bilau huru haralah negara nampaknya...maka penuhlah lokap-lokap dan penjara-penjara dengan orang-orang yang jadi batu nih....peh...

KERAJAAN BARISAN NASIONAL HAMPIR "TUMBANG" SEMALAM!

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.
Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah
yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan. Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.

Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah.....

Agenda Daily

Biar Pape asal Bergaye
16 dis 09

Belinya dahlah mahal nak menjaganya pun mahal jugak....akhir-akhirnya hidup kita jugak yang menjadi mahal dikelilingi benda-benda yang mahal...Cukai barangan pengguna (GST) menunggu untuk memahalkan lagi bukan harga diri tapi harga barang-barang untuk hidup pape asal bergaye...

Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Charles Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.

"Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada 'capability-based' yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.

Beliau berkata kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.

"Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa," katanya.

Sementara itu, berhubung dengan KPI TLDM, Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa
terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut. BERNAMA
Lembu Punya Susu Akhirnya keParit Jua
16 dis 09

Peribahasa kera dihutan disusukan,nyamuk diseberang laut nampak dan akhirnya marahkan nyamuk kelambu dibakar juga kerana nila setitik habis susu dibuang keparit...ini semua adalah luahan hati para penternak susu tempatan yang pasaran susu tempatan kini dikuasai oleh 'lembu-lembu' luarnegeri dan dalam negeri....akhirnya jugak orang kita yang menjadi seperti dilembukan...

Buang susu segar ke dalam parit


ADA pekerja ladang mengambil kesempatan menadah susu dalam gelas dan meminumnya semasa ia dibuang ke dalam parit di Bandar Muadzam Shah, Pahang.


ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.

Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.


Syed Muhd. Alwi


Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.

Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000.

Tindakan protes membuang susu ke dalam parit tu mengundang rasa sedih bukan sahaja kepada Pengarah Urusannya, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah tetapi juga para pekerja yang melihat keringat mereka menjadi sia-sia dan masa depan menjadi samar-samar.

Semalam, Fidaf meneruskan lagi tindakan protes dengan membuang 16,500 liter susu segar ke dalam parit dengan Syed Muhd. Alwi berteriak bahawa mereka bukan sekadar membuang susu tetapi juga punca rezeki.

Beliau mendakwa pihaknya serta pengeluar susu tempatan lain semakin tersepit dan tidak lagi dapat menandingi bekalan susu import yang menguasai 95 peratus pasaran.


Tuesday, December 15, 2009

Selangor Tentu Sendiri Tarikh PRU13
15 dis 09

Sebenarnya dalam menentukan tarikh dan kemenangan dalam PRU nanti adalah bukan najib atau pun mana-mana MB walaupun mereka ada hak kerana tempoh mandat memerintah masih belum berakhir...yang menentukannya adalah rakyat dengan suasana ekonomi dan kehidupan yang baik...najib sudah pasti akan mencari tarikh itu dan akan berusaha kearah itu dia tidak akan menggadaikan kerusi PMnya dalam waktu terdekat ini pada waktu kira-kira dua tahun lagi tempoh mandat berakhir....signal dari rakyat itulah yang penting pada penentuan tarikh dan kemenangan dalam PRU ini...adakah selangor sudah bersedia diprovok dari semua sudut oleh juak-juak umno dan bn dengan kenyataan khalid ini...kita tengok dulu..



PETALING JAYA - Kerajaan Selangor berhak tidak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan Kerajaan Pusat dan menetapkan tarikhnya sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan.

Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13.

“Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam.

Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup.

Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta.

“Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya.

Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan.

Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR
15 dis 09



SHAH ALAM - Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikekalkan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun sebelum ini beliau didakwa akan keluar parti.

Pengekalannya itu diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jeffrey berkata, dengan pengumuman tersebut, beliau akan meneruskan tugas itu dan menolak andaian sesetengah pihak bahawa beliau akan menubuhkan parti baru atau kembali ke pangkuan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya menerima keputusan bahawa saya masih berada dalam PKR. Oleh itu saya akan teruskan perjuangan dalam parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Anwar mengumumkan keputusan tersebut ketika merasmikan Konvensyen PKR Sarawak dalam usaha memulihkan kestabilan PKR di Sabah.

Pada akhir Oktober lalu, Jeffrey meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota Majlis Tertinggi, sekali gus tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Sabah.

Isu ini bermula apabila majoriti ketua bahagian, termasuk Jeffrey, kecewa dengan keputusan Anwar menamakan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR Sabah selepas sekumpulan ketua bahagian tidak sokong seorang lagi Naib Presiden, Azmin Ali, menerajui PKR Sabah.

Isytihar Semua Kaum Pemilik bersama Negara-Kit Siang
15 dis 09

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diminta perjelaskan kepada rakyat bahawa konsep 1Malaysia tidak bermaksud ‘Ketuanan Melayu’ dan mengisytiharkan semua rakyat Malaysia adalah ‘pemilik bersama’ negara ini, tidak kira apa pun bangsa mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi mengelak dari isu ini dan perlu menyatakan pandangan masing-masing dengan jelas serta mengiktiraf hak semua kaum.

“Ia bukan sahaja mengejutkan, malah terlalu melampau apabila menteri daripada MCA, Gerakan, MIC, dari Sabah dan Sarawak terus menerima konsep ’Ketuanan Melayu’ sebagai dasar dan doktrin BN.

“Malah mereka mengiringi mesej-mesej benci dan ketidaksanggupan seperti menggambarkan Cina di Malaysia sebagai orang Yahudi di Asia dan bukan Melayu sebagai ‘orang tumpang’,” kata Kit Siang dalam kenyataannya semalam.

Selain itu, Kit Siang mengkritik pihak yang mengatakan orang Melayu yang berfikiran rasional dan tidak menyokong ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ‘pembelot bangsa Melayu’.

Mengenai isu Biro Tata Negara (BTN), Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, membidas kenyataan Najib yang mahukan polemik mengenainya dihentikan dan akan membuat keputusan terhadap isu ini nanti.:

Katanya, keputusan menentukan nasib BTN tidak harus dibuat oleh Perdana Menteri seorang sahaja, tetapi beliau hendaklah mengambil kira pandangan pemimpin BN yang lain.

“Tindakan ini menggambarkan betapa tidak sihat, tidak demokratik dan penumpuan kuasa yang berbahaya di tangan Perdana Menteri seorang sahaja untuk menentukan satu-satu keputusan,” katanya.

Najib, katanya, tidak boleh lagi mengelak bahawa konsep 1Malaysia yang dibawanya bertentangan dengan kursus indoktrinasi BTN yang bersifat perkauman, menghasut dan menyebabkan kebencian kaum serta memudaratkan objektif pembangunan bangsa dan perpaduan negara.

Tuesday, December 8, 2009

Ariffahmi...You're fired
8 dis 09

Apalah mamat sorang nie...nak letak jawatan letak jawatan ajelah tunggu apa lagi...dah rezeki tuhan kata sampai kat situ aje...nak buat apa lagi...check out ajelah...jangan tambah kepala TGNA makin pening...

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.

"Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.

"Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.

"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.

Mahfuz juga berkata Nik Abdul Aziz boleh meminta pandangan lembaga penasihat PMBK untuk meneruskan bayaran gaji kepada menantunya itu bagi tempoh tiga bulan tersebut - sehingga melepaskan jawatan 23 Mac tahun depan.

Abdul Ariffahmi mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada 23 November lalu.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.-mkini
Puteri Nak Ajar Main Blog
8 dis 09

Salam blog semua maaflah...agak lama jugak den tak main blog ni banyak benda yang nak dibereskan...maaflah pada pengunjung-pengunjung blog tokeyai...now i'm back.....banyak benda jugak yang tokeyai rasa ketinggalan namun tokeyai akan kejar balik...ni cerita pasal blog-blog nie...kesian jugak tengok kat puteri umno yang baru sedar adanya media blog ni...awatlah sampai lagu tu...sibuk bermakeup je kot ke sibuk buat training terpekik terlolong untuk prk akan datang.....

SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO.

"Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.- bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran