Sungai besi tak bererti bagi mereka yang tidak peka perjuangan dan sejarah....nilai kebendaan akan membutakan mata-mata mereka....dari nilai perjuangan itu sendiri........
INI KATA-KATA DARI ORANG YANG MENGENAL ERTI PERJUANGAN.....
"The RMAF now have no balls... Those idiots in the lower ranks sold the fighter engines, but those fucking Generals sold the Base, I think we all should demonstrate as a show of protest outside the Base".
XTUDM GENERAL
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dijadikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ‘‘Greater KL’’ seperti yang dirancang dalam RancanganMalaysia Kesepuluh (RMK-10).
Sambil mengesahkan lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan itu akan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta dan pelabur asing.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Taman LTAT Bukit Jalil di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa pelabur dari Timur Tengah yang dilihat berpotensi terlibat dalam pembangunan kawasan lapangan itu.
Katanya satu perjanjian telah ditandatangani dua minggu lepas membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu.
Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk
siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.
Sumber memberitahu Berita Harian, perkara itu sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Kerajaan Malaysia melalui Kedutaan AS di ibu negara.
"Kehilangan peralatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh isu keselamatan. Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan," katanya.
KUALA TERENGGANU - Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Aregntina. Kami perlu periksa sama ada enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.
Laporan berita minggu ini menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. - AFP