Monday, August 30, 2010

KUNJUNGAN BUKAN ISLAM KEMASJID DISERATA DUNIA

Betul kata aku budak balun...kalau kat malaysia gerenti kiamat punya......










Sempit tak sempitnya....pemikiran yang sememangnya sempit....tulah dio umngok dan ulama-ulamanya...

BIK MAMA & THE GANG DALAM SURAU

Satu yang betul pasal melayu yang mengaku islam nie...ialah....mudah lupa....tu..Tun Che det yang cakap....dan terbukti betul.....cuba tengok... dok umno sibuk pasal orang bukan islam masuk surau masjid yang tak menutup aurat....cuba tengok bik mama nie....nutup urat ker....ngata orang kome yang lebih....malulah sikit wei....



ZAM-ZAM ALAKAZAM KO CEPAT MINTAK MAAF

Pertuduhan ko tu berat....menuduh pas bukan-bukan pasal 13mei....pas baru jer saman petronas nie....ko jangan main-main....

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: PAS memberi kata dua kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terbarunya terhadap PAS atau berdepan saman.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin yang mendakwa semasa Tragedi 13 Mei 1969, PAS minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. 

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya.

Menurutnya, Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu di negara ini. 

Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga kata Idris, sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

"PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

"PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," katanya.-harakah

K'JAAN KELANTAN MULA SAMAN PETRONAS

Berani kerana benar....siap sedialah hang petronas.....


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.
Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.
Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.
Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.
Anggota pula mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.
Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ikhsan" sebanyak RM20 juta.-mkini

Friday, August 27, 2010

BUDAYA KELIRU DAN MENGELIRUKAN

Inilah budaya yang cuba diterapkan oleh umno dan gerombolan-gerombolannya....termasuklah akhbar-akhbarnya sekali.....banyak benda sejak kebelakangan ini yang mereka cuba keliru dan mengelirukan....satu contoh doa untuk LGE.....sekarang nie pulak pasal  seorang adun wanita yang berucap disurau...dikatakan memberi tazkirah....dan keluarlah macam-macam fatwa dari mulut lebai-lebai umno....ada yang kata haram...ada yg kata boleh masuk tapi tak boleh ke ruang solat....macam-macam lagilah....pada wa itu semua bukan perkara pokok....kalau nabi ada tengokkan perangai umno yang bongok ini...mau geleng kepala dia....ye...la seorang kafir yang tidak boleh diperangi memasuki surau memberi sumbangan dan sepatah dua kata....kecoh macam nak kiamat dunia...tapi bila surau dan masjid yang berharga ratusan ribu dan berjuta...tinggal lengang hanya sesaf dan dua saf aje yang ada....tak pulak lebai-lebai umno nie bising.....dasar topeng setan....itulah taraf mereka nie....cakap macam bagus....kalau zaman saidina umar mau kena pancung mereka nie....tahap jebon punya mentaliti....






INI APA KES PULAK....PAKAI SUAR KATOK JER...


VIDEO DPP SPRM CEKIK DIRI SENDIRI MENYERAMKAN

Inilah rakaman video yang terkelakar abad ini....kita saksikan bagaimana seorang DPP bergelar datuk....menunjukkan aksi mencekik dirinya sendiri.....kakakakakka.....tahap keldai maa.........



Thursday, August 26, 2010

BUAH LAICI TIN YANG ADA LEMAK BABI

Dibulan puasa ni memang sedap kalau buat air buah laici....tapi berhati-hatilah....ada sesetengah tu laici tin itu terdapat lemak babi didalam ini....terutama yang diimpot dari china.....


KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/ 

SIMBAH CAT KELUARGA PELAKU MOHON MAAF

Eloklah tu....sebelum melarat mohon maaf cepat-cepat.....tetapi hukuman tetap perlu dikenakan.....sebagai pengajaran...... 




SEREMBAN, 26 Ogos — Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi ini.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
“Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama  sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif,” katanya.
Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini,” katanya. Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.
“Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum,” katanya.
Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari. — Bernama

FELDA KALAH SAMAN...PADAN MUKO

Felda bangkrap.....ayat itu yang menyebabkan suara keadilan dan pkr kena saman 200 juta....ayat keramat itulah yang memulakan segalanya....hari ini felda diperintah bayar 11juta kepada peneroka dikelantan....kerana menipu tentang gred buah sawit.....dan tak mungkin jugak lepas ini akan ada lagi peneroka-peneroka diseluruh negara akan membuat perkara yang sama.....menyaman felda....tengok kawan-kawan mereka menang dan dapat duit takkan nak duduk diam je kot....mana boleh jadi.....kenyataan felda bangkrap mungkin menjadi kenyataan jika semua peneroka seluruh negara menyaman felda.....tentunya kes menipu gred nie...berlaku jugak dimana-mana tanah rancangan.....yang nyata sekarang ahmad maslan....yusof nor....waimah najib...tengah berpeluh- peluh walau dibilik aircond yang sejuk menggila.....Felda tipu peneroka....memang cilako....

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghaliman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Hakim lain adalah Datuk Hashim Yusof dan Datuk Md Raus Sharif.
Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaii dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.-mkini

PETUNJUK ALLAH BUAT GUAN ENG

Satu malaya kecoh menyalahkan khatib yang berdoa kepada allah untuk LGE...saham zahid hamidi naik mendadak kununnya...macam-macam pihak bersuara minta disiasat....kenapa khatib mendoakan LGE....sekarang bila najib umum dapat duit raya untuk kakitangan kerajaan....la...senyap semua....apasal plak senyap....nak tahu kenapa....senyap berfikir kalau tak kerana LGE bagi 400 jangan haraplah najib nak bagi....Itulah bodohnya orang kita ini...sebab doa khatib tu lah...yang memohon petunjuk diberikan kepada LGE lalu Allah menggerakkan hati dia untuk memulakan memberi duit raya....dengan harapan akan diikuti oleh pusat dan negeri2 lain....cuba kita bayangkan jika tiada siapa yang memulakan bagi duit raya.....ada tak harapan najib akan bagi kat kakitangan awam....dia boleh beri alasan kerajaan tak ada duit...ekonomi baru nak naik....macam-macamlah alasan....tapi disebabkan LGE dah bagi.....takkan dia nak kalah dengan LGE....dibaginya lebih 100....itulah kelebihannya petunjuk yang Allah bagi kat LGE berkat doa khatib tu....so melayu jangan jadi bodoh  macam zahid hamidi yang sememangnya bebal.....


Kakitangan awam dibayar RM500 sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Wednesday, August 25, 2010

ANTARA PADERI MELAYU DAN SEMBELIH ANAK

Cakap pasal paderi melayu nie...wa tak heran pasal kat s'pore dia gunakan istilah melayu islam....sebab ada yang melayu kristian kat sana....kalau benar bagai didakwa nie...ini merupakan perbuatan yang lebih merbahaya dari menyembelih anak.....kerana perbuatan sembelih nie nampak....manakala untuk memurtadkan orang islam sangat halus perancangannya.....so berhati-hatilah kito semuo...


OH....INI ROMANNYO PADERI MELAYU...SIAP KO JANG
PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI

: PADERI MELAYU PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..

SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.

MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.

BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH 

2.AL-MANSORI 

3. AL-BISTARIA 

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..-

<strong>MOHAMAD Adam disembelih oleh bapanya sendiri.</strong>
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia dua tahun.
Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.

Katanya, mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 
Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.

Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku. 

Tuesday, August 24, 2010

UMNO DAN PR BEREBUT REPAIR SURAU

Wah....ada hikmahnya jugak surau ni kena simbah cat....ala....apa nak rebut-rebutkan repair jer sama-sama...atas dasar islam...bukan parti....hidupkan semangat ramadhan....kalau buleh lepas repair KJ dan chegubard berbuka sama-sama...tak leh ker....

Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.
Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.

"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar. 

"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (
kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (
bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.

"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini.

"
Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."

Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban 
disimbah cat merah dan dibaling botol arak. 

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.

Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.-mkini

SIMBAH CAT SURAU 4 DITAHAN

Lu orang cina ka india ka melayu ka.....berani buat berani tanggung...kasi kaw-kaw punya hukuman....cilakak punya orang....

Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, dijangka akan memberikan butiran perkembangan terbaru kes itu pada sidang akbarnya yang dijadualkan pada jam 12 tengahari ini.

Pada kejadian awal pagi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.

Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.-mkini

Monday, August 23, 2010

SURAU DISEREMBAN DISIMBAH CAT MERAH

Kalau kat temiang tu dah boleh agak sapa yang buat....tapi wa harap isu ini tak berpanjangan....dan boleh menjejaskan keselamatan awam.....polis kena cepat bertindak....cepat dan betul....



Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.
Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.
Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.-mkini

600 PENDUDUK SERBU KILANG HARAM

Lebih 600 penduduk kampung Desa Aman berhimpun membantah penempatan tiga buah kilang simen yang didakwa beroperasi secara haram berhampiran kawasan mereka.

Mereka menggesa kilang simen yang didakwa beroperasi secara haram sejak tujuh tahun lalu dihentikan serta merta.

Penduduk mempertikaikan bagaimana kilang simen itu mendapat kelulusan untuk beroperasi sedangkan tiada sebarang papan tanda mengenai cadangan pembinaan kilang didirikan di kawasan penempatan itu.

Penduduk berkumpul sekitar jam 10 pagi, semalam di bilik gerakan Kampung Desa Aman dan berarak setengah jam kemudian ke kilang simen berdekatan 200 meter daripada kawasan perumahan. 

Mereka yang marah itu terus mendesak agar kilang simen itu ditutup serta merta.

Se
lepas berhimpun kira-kira sejam sambil meluahkan kemarahan mereka, penduduk akhirnya bersurai.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Desa Aman, Lieu Kooi Tin mendakwa pemilik kilang tetap berdegil meneruskan operasinya pada sebelah malam walaupun pernah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS). 

Menurutnya, penduduk akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

“Kami mahu semua pihak menyiasat perkara ini termasuk Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mencurigai cara kilang itu beroperasi.
“Tindakan keras sewajarnya dikenakan terhadap pemilik kilang tersebut. Kami dah tak tahan lagi, sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil, kami akan mogok besar-besaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik gerakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Desa Aman.

Turut mendatangani memorandum bantahan itu daripada penduduk gabungan tiga kawasan perumahan sekitar iaitu Taman Sri Aman Heights, Taman Suria dan Aman Courts.

Sementara itu, wakil penduduk Sri Aman Heights, Patrick Lim memberitahu sebelum ini pernah berlaku kemalangan ngeri membabitkan lori pasir dan kenderaan penduduk di kawasan ini.
Menurutnya, keadaan jalan raya menjadi lebih teruk apabila hujan lebat, tanah mendap menyebabkan sistem perparitan longkang tersumbat.

“Selain itu, penduduk sering mengalami gangguan pernafasan kesan daripada habuk (aluminium diokside) daripada kilang simen.

“Kami menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat perkara ini kerana bimbang tahap kesihatan penduduk terancam,” ujarnya.-MKINI

PAS PROMOSI NIKAH GANTUNG

Ini untuk mengatasi kadar buang bayi yang ketara ketika ini.....kalau dia boleh mendatangkan kebaikan why not....tapi jangan bikin kepala makbapak bertambah pening sudahlah....mana nak menyara anak yang masih belajar ditambah lagi nak menyara cucu....satu lagi jangan sampai mak jan - mak jan bertambah ramai pulak...maklumlah kahwin muda....



Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.
“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.
“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.
Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.
“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.
Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.
Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.
Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).
Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.
Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.
“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.
Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.
Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.
“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.
“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.
Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.-tmi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran