Tuesday, August 10, 2010

SULTAN JOHOR MURKA

Alkisah maka murkalah Assultan Johor darultakzim....keatas sebuah parti politik dibatupahat haritu....kerana menggunakan gambar sultan untuk meraih sokongan....wa macam tau aje parti politik mana tu....ceramah yang dah kena ambush tu ker.....awatlah korang mandai-mandai....kan dah kena marah.....ingat jangan politikkan sultan...kerna rakyat dan sultan  berpisah tiada.....



SULTAN IBRAHIM menandatangani plak perasmian Majlis Daerah Kota Tinggi pada majlis Penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kota Tinggi semalam.


Mana boleh cetak macam ni beb....gambar sultan kat bawah pulak tu....mana korang punya protokol belajar nie....takkan itu pun nak kena tunjuk.....memang patut pun sultan marah.....sengallah korang....

KOTA TINGGI – “Jangan politikkan saya.”
Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik di negara ini menggunakan gambar baginda pada satu poster di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini.
Sambil menyatakan rasa kesal, baginda bertitah supaya rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang boleh merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.
“Akhir-akhir ini saya mendapati ada pihak cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini dan sebagai contoh terbaru, ada pihak cuba mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya di sepanduk ketika kempen politik mereka.
“Perbuatan ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak seharusnya berlaku.
“Walaupun saya tahu pihak polis sedang menyiasat perkara ini, namun rakyat di negeri ini jangan menjadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan manusia seperti ini,” titah baginda pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 Fasa 2 di Majlis Daerah Kota Tinggi di sini semalam.-kosmo

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran