Tuesday, August 3, 2010

MENTERI AFGHAN DTG RAKYAT DIA BOLOS TAHANAN

Mengamuk dengarnya hishamudin siap nak tukar KSU dan KP imigresen.....sepatutnya menteri yang patut letak jawatan dan bertanggungjawab sepenuhnya.....ini tidak disalahkan jugak orang bawahan dia....kalau nak tau situasi ini hanya berlaku dimalaysia aje......menteri-menteri umno nak menongkat langit....apa ke jadah tu....

MENTERI Pertahanan Afghanistan, Jeneral Abdul Rahim Wardak (tiga kiri) diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri) memeriksa perbarisan sempena kunjungan beliau ke Malaysia, di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, 2 Ogos. - Utusan

PUTRAJAYA, 2 Ogos — Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam.
Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar)berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.
“Nasib saya... kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka Ketua Pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu.
“Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan,” katanya.
Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas.
Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ.
Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas.
Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar.
Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.
Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan.
Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.
“Saya langsung tidak puas hati. Apa jua sistem yang kita wujudkan, apa jua penekanan yang kita berikan, apa jua undang-undang yang kita pinda, kalau kerja pegawai saya di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen tidak sampai kepada tahap yang memuaskan, maka isu-isu sebegini akan berterusan.
“Kalau satu kes, mungkin kita kata ada kesilapan, kita boleh maafkan. Dua tiga kes kita mungkin kata kecuaian.
“Tetapi kalau berulang kali, saya tidak boleh dengar lagi alasan terlalu ramai sangat orang di pusat tahanan,” kata beliau yang turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran