Thursday, August 26, 2010

PETUNJUK ALLAH BUAT GUAN ENG

Satu malaya kecoh menyalahkan khatib yang berdoa kepada allah untuk LGE...saham zahid hamidi naik mendadak kununnya...macam-macam pihak bersuara minta disiasat....kenapa khatib mendoakan LGE....sekarang bila najib umum dapat duit raya untuk kakitangan kerajaan....la...senyap semua....apasal plak senyap....nak tahu kenapa....senyap berfikir kalau tak kerana LGE bagi 400 jangan haraplah najib nak bagi....Itulah bodohnya orang kita ini...sebab doa khatib tu lah...yang memohon petunjuk diberikan kepada LGE lalu Allah menggerakkan hati dia untuk memulakan memberi duit raya....dengan harapan akan diikuti oleh pusat dan negeri2 lain....cuba kita bayangkan jika tiada siapa yang memulakan bagi duit raya.....ada tak harapan najib akan bagi kat kakitangan awam....dia boleh beri alasan kerajaan tak ada duit...ekonomi baru nak naik....macam-macamlah alasan....tapi disebabkan LGE dah bagi.....takkan dia nak kalah dengan LGE....dibaginya lebih 100....itulah kelebihannya petunjuk yang Allah bagi kat LGE berkat doa khatib tu....so melayu jangan jadi bodoh  macam zahid hamidi yang sememangnya bebal.....


Kakitangan awam dibayar RM500 sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran