Wednesday, August 11, 2010

ZAID ULANGI PENDIRIAN TIDAK BERTANDING

Dah potang...potang nie...mulalah terbayang cendol...abc....sirap bandung....takpo...takpo...cubaaan.....


sedap tak abc nie.....emmmmmm


Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR



KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Anggota Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim menolak laporan media bahawa beliau akan bersaing pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu hujung tahun ini.
Bekas menteri persekutuan ini menegaskan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya mahu respons kepada laporan media bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden Keadilan pada pemilihan akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.
“Laporan ini tidak benar kerana saya tiada apa-apa rancangan untuk bertanding sebarang jawatan parti,” kata beliau.
Kata Zaid, keutamaan beliau ialah memperkukuhkan Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Presiden  PKR Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini pernah mengatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatannya jika pucuk kepimpinan menerima hasrat beliau.
Antara yang disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua itu ialah Mustaffa Kamil Ayub, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mustaffa dan Azmin merupakan Naib Presiden PKR.
Azmin pernah dicalonkan untuk jawatan itu pada pemilihan sebelum ini tetapi menarik diri daripada bertanding.
Minggu lalu, Mustaffa berkata beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan timbalan presiden ataupun tidak dan masih menunggu maklum balas daripada bahagian-bahagian.
Pemilihan pucuk kepimpinan pusat akan diadakan Oktober dan November ini.
Ini kali pertama pemilihan diadakan secara langsung dengan setiap ahli akan mengundi.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran