Monday, August 16, 2010

16 THN DAH JUTAWAN INTERNET VS FILTER RAIS

Inilah remaja contoh dan bukti keberkesanannya peranan internet....diluarnegara akses keinternet boleh menjadi jutawan.....dimalaysia pulak akses internet nak disekat oleh Rais yatim....orang makin kedepan rais yatim ni gostan kebelakang....kalau setakat nak sekat laman lucah tu oklah....tapi kalau banyak tempat tak boleh nak akses baik tak payah ada internet kat malaysia nie....kayu punya orang....


NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.
Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.
Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. - Agensi

Kerajaan mungkin kuat kuasa penapis kandungan Internet


KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pentadbiran Najib telah memulakan kajian untuk meletakkan penapis Internet bagi menghalang laman-laman yang tidak diingini sejak dua minggu lalu meskipun kerajaan sebelum ini pernah membatalkan usaha yang sedemikian setahun lalu ekoran bantahan orang ramai.
The Malaysian Insider difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah meminta firma KPMG agar menjalankan “Kajian Mengenai Penggunaan Internet Dengan Positif dan Selamat” awal bulan ini untuk menilai antara lain pelaksanaan penapis Internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna Internet Malaysia dan ekonomi Malaysia.
Pengkritik berpendapat bahawa penapis Internet bertentangan dengan undang-undang jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) selain dilihat tidak efektif.
“Ia satu langkah membazir wang pembayar cukai. Bagi setiap kaedah untuk mengawal Internet, akan ada cara lain untuk akses,” kata Dhillon Andrew Kannabhiran, ketua pegawai eksekutif firma keselamatan Internet Hack in the Box kepada The Malaysian Insider dalam komennya tahun lalu.
Pada 6 Ogos 2009, The Malaysian Insider menyiarkan berita bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datu Seri Utama Dr Rais Yatim sedang mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman web, sebagaimana dilakukan oleh China dengan menghasilkan perisian khas “Green Dam”.
Bagaimanapun Rais telah menolak laporan seumpama itu bahawa kerajaan mahu mereka bentuk perisian untuk menyekat sesetengah laman web di Internet yang telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan bahan hasutan dan pembohongan.
Bagaimanapun, beliau berkata walaupun beberapa kajian telah dijalankan mengenai perkara ini, kerajaan tidak mempunyai aplikasi yang tersirat setakat ini.
Katanya, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan dengan itu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara ini perlu bertanggungjawab.
Laporan itu turut dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian.
Akhir bulan lalu, Rais memberitahu bahawa kementeriannya akan menjadikan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet sebagai “perisai baru” untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa.
Kata Rais, kementerian akan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh sebarang pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di Internet.
“Saya amat mengalu-alukan pandangan Tun (Dr Mahathir) kerana selama ini kami keseorangan dalam hal menyajikan maklumat di internet. Lebih ramai pemimpin menyuarakan hal ini, lebih mudah bagi kami. “Dengan menggunakan tuntutan undang-undang (bagi menangani bahan pornografi), ada sahaja pihak yang cuba menyalahertikan. Sebenarnya, kita ada Seksyen 265, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menangani hal ini,” katanya.
Kajian kali ini bermula dengan penerangan kepada pegawai-pegawai dari lapan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) pada 8 Ogos lalu.
MCMC memberitahu kesemua firma ISP bahawa ia akan mengadakan lawatan bersama KPMG untuk mendapatkan maklumat.
Difahamkan lawatan itu dijadualkan antara 9 dan 12 Ogos lalu tetapi belum lengkap lagi.
Dalam suratnya bertarikh 2 Ogos, yang dilabel sebagai “rahsia”, MCMC juga menyenaraikan 23 soalan bagi ISP untuk menjawab.
Salah satu soalan yang dikemukakan menyentuh tentang jenis atau kategoti kandungan yang ditapis, dengan pilihan jawapan yang disenaraikan termasuklah edar dadah, pornografi dan penyeludupan manusia.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran