Monday, August 16, 2010

CHUA SL HENTAM HISHAMMUDIN

Ini dah macam MCA vs UMNO.....yang naik tocangnya nanti gerenti PERKASAM Berahim Ali....ambik kesempatanlah apa lagi.....tabiat katak tunggu masa jer nak melompat.....ada pulak hal macam nie....lagilah terlompat-lompatlah dia.....

azlan

Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan lupa perjuangan BN, menunjukkan sesetengah pemimpin BN belum belajar daripada tsunami politik 2008, kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan.

Hishammuddin dilapor mengingatkan MCA supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.

Naib presiden Umno itu berkata MCA tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini.

MCA, tambah Hishammuddin, tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

Mengulas lanjut, Chua berkata, keputusan pilihan raya umum 2008 jelas mencerminkan perubahan dalam pemikiran rakyat.

"Kepimpinan baru MCA juga memahami bahawa ia mesti berubah untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, MCA menghormati pandangan Hishammuddin tetapi tegasnya, naib presiden Umno itu tidak boleh menuduh MCA beralih daripada matlamat dan perjuangan BN, hanya kerana parti itu mempunyai suara yang berlainan daripada beliau (Hishammuddin) atau pemimpin parti komponen yang lain.
Menurut Chua lagi, MCA tidak takut berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dari segi faedah kepada masyarakat dan tidak akan lari daripada menyatakan pendiriannya.

Menurutnya, MCA akan berusaha keras bagi pelaksanaan 12 resolusi yang diluluskan dalam kongres ekonomi Cina Sabtu lalu.

Katanya, ia kerana resolusi tersebut bukan sahaja berkaitan dengan masyarakat Cina tetai juga masa depan pembangunan ekonomi negara.

MCA, katanya, menerima hakikat bahawa ia mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan hasrat masyarakat Cina ekoran globalisasi.

Jika tidak, tegasnya, bukan sahaja MCA yang akan kehilangan sokongan masyarakat, tetapi ia juga tidak akan dapat menjustifikasikan kewujudan politiknya.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran