Monday, August 9, 2010

KES LIWAT 2 ADALAH KONSPIRASI POLITIK YANG BENAR - PAKAR

Den petik jo lah....


Pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang mempunyai asas kukuh untuk memohon bagi mempertikai atau 'impeach' terhadap segala keterangan yang diberikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di dalam mahkamah selama ini atas dakwaan beliau telah bersekongkol atau melakukan 'complicity' dengan pihak pendakwaan.

Menurut pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab justeru itu permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya diberi perhatian dengan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memandangkan kes tersebut kini menimbulkan lebih banyak keraguan dan persoalan.

Kata beliau pihak pembelaan sebelum ini sentiasa menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh saksi utama, Saiful merupakan satu konspirasi politik di peringkat tertinggi dan dakwaan hubungan sulit antara timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan Saiful kini menguatkan lagi persepsi tersebut.

"Apa yang menimbulkan persoalan, kes hubungan intim antara pengadu, Saiful dan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina dengan jelas menunjukkan bahawa konspirasi politik itu juga melibatkan pihak pendakwaan.

"Oleh yang demikian, permohonan pihak pembelaan supaya segala tuduhan terhadap Anwar sewajarnya digugurkan," kata Dr Samarudin.

Tambah beliau, agak aneh semua permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada pihak pendakwaan terpaksa dipohon dan dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi sebaliknya hubungan romantis antara saksi utama dan pihak pendakwa raya berkemungkinan besar telah mendedahkan segala dokumen kertas siasatan dan keterangan pihak pendakwaan kepada pihak ketiga.

"Di manakah letak keadilan dari sudut perundangan di dalam kes ini?," soal beliau. -SK

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran