Monday, August 16, 2010

DOKUMEN KERUGIAAN MAS 8b DIDEDAH

Ini namanya luka lama berdarah kembali.....siap-siaplah hang no....sapo-sapo yang berkenaan tu....


Bekas PM dengan Bekas CEO MAS

Bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion yang dialami syarikat GLC itu.

Ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mendakwa sedemikian hari ini ketika mendedahkan beberapa dokumen berhubung kerugian yang didakwa dialami syarikat tersebut.

Salahuddin berkata dokumen tersebut antara lainnya merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

Beliau turut mendedahkan aduan yang dibuat oleh MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berkait dengan tindakan Tajuddin.

Kesemua salinan dokumen tersebut diedarkan kepada wartawan yang hadir di sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, beliau kini menghubungi pengerusi jawatankuasa khas rasuah SPRM yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes tersebut.

Katanya, beliau juga menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada SPRM ataupun pihak polis.

Beliau juga menuntuk perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai saiz skandal PKFZ.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran