Wednesday, August 11, 2010

BUNG TERSELAMAT DARI PENJARA DAN KERUSI

Nasib hang memang baik bung...dapat bini artis terselamat lagi dari penjara dan prk....bersyukurlah bung....


SHAH ALAM, 11 Ogos — Hukuman penjara sebulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan BN Datuk Bung Moktar Radin kerana berpoligami tanpa kebenaran dibatalkan dan digantikan dengan denda RM1,000.
Wakil rakyat itu akan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengumumkan keputusan itu pagi ini selepas mendengar rayuan Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Bung Moktar, 51, yang bernikah dengan pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, sebagai isteri kedua, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.
Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas anggota Parlimen Kinabatangan itu mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50  malam, 16 Dis tahun lepas.
Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
Beliau membayar denda itu.
Rayuan didengar oleh Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran