Friday, August 6, 2010

GM SIME DARBY DIDAKWA RASUAH

Jangan bagi can....mana-mana jerung bapak jerung yang buat rasuah tangkap aje....






Seorang pengurus besar Sime Darby, Zamri Mohd Iderus pagi ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000.

Zamri, 39, didakwa menerima dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat berkaitan satu tawaran kerja pembinaan yang di subkontrak bernilai RM14,430,000, dan juga untuk satu lagi kerja subkontrak kerja-kerja pempaipan untuk Sime Darby Engineering.

Dia didakwa menerima habuan tersebeut pada bulan November 2008 di Subang Jaya.

Beliau didakwa mengikut seksyen 11, Akta Anti-Rasuah 1977 dan diberi pilihan pertuduhan mengikut seksyen 132(2)(b), Akta Syarikat 1965 kerana menyalah-gunakan maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran