Friday, August 20, 2010

UTUSAN MELAMPAU MENIPU LAGI

Kali ini dia petik...cakap dari zahid hamidi kata....nama guan eng diamin dan diguna ketika khutbah kedua dan menggantikan nama agong.....manalah simamat zahid hamidi ni dapat info nie...kes ini sama gak macam kes poster gambar sultan johor tu.....wa rasa ini semua mainan puak-puak yang dah nak lingkup dan kekeringan idea....hari ini guan eng menapikannya..cukup-cukuplah tu menabur fitnah dibulan puasa nie....



Guan Eng: Dakwaan nama saya disebut dalam khutbah Jumaat tak benar


PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
“Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini.
Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini.
“Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau.
Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka.
“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.
Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh  dan Jelutong.
The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri  yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan  bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya’ Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan.
“Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri,” kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan.
“Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan,” katanya.-tmi

1 comment:

  1. kenapa la melayu Islam sampai di tahap ini. Jangan la kerana politik sempit sampai kat kutbah pun nak buat provokasi...cukuplah...meroyan...pegi la berubat.... Jangan jadi bangang....sebangang UMNO...orang dah kedepan....jangan melayu UMNO tinggal kebelakang...rakyat dah cerdik.....

    ReplyDelete

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran