Wednesday, October 28, 2009

PKR Pulak Main-Main Letak Jawatan
okt 28 09

Lepas Pas PKR pulak main-main wayang...apa dah jadi ni...beb..den pun tak fahamlah dia orang nih..dulu zaid bercuti 6 bulan...sekarang Dr Jeffrey pulak letak jawatan...macamana nak pegi PRU13 kalau macam nih...susah beb susah....Lu orang nih apasal lepas UMno berubah korang semua kalut...nampak sangat korang ni lemah...buat malu aje..

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik, yang memberi satu tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti itu, menurut bekas pembantunya Kanul Gindol.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri. BERNAMA

Sidang DUN Perak Kecoh dan Panas
okt 28 09

Mengikut diblog cina islam terdapat beratus-ratus polis mengawal SUK...adun PR juga dibuat pemeriksaan ketat dgn merampas handphone dan kamera semua adun PR...juga dirampas oleh SB ialah songkok dan jubah yang dipakai oleh Sivakumar....apalah punya malang rakyat perak sekarang nih amnya dan malaysia khususnya apabila ADUN dihalang dari memasuki dewan...ini dah macam hitler dan musolini diktator kukubesi....nasib ngko lah orang perak daripada kemelut yang tak akan selesai ini sampai bila-bila...elok korang semua menghadap sultan...suruh sultan bubar aje DUN tu..itu aje jalan dia...Sultan ni pun takkan tak boleh fikir...rakyat yang menanggung penderitaannya akibat kemelut ini...

Tempat duduk Speaker haram di kawal ketat.

Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.


YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.


Prof Aziz-Pas Tak Pecah
okt 28 09

oleh:Dr Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

Tuesday, October 27, 2009

RM10,000 Nilai satu Nyawa
okt 27 09

Keluarga mangsa siri nahas jambatan runtuh N.Nina Dave yang mati lemas dijanjikan Rm10000 untuk urusan pengkebumiannya....kalau nak ikutkan besar jumlah itu jika nak buat pengkebumian biasa lebih-lebih lagi melibatkan keluarga biasa macam N.nina Dave ini...jadi apakah maksud bayaran itu apakah ianya berupa bayaran untuk menutup kesilapan dan menyedapkan hati keluarga mangsa...apakah nilai RM10000 dengan nilai satu nyawa berbaloikah dengan angka itu...apakah nyawa boleh dijual beli...setimpalkah bayaran itu...persoalannya disini bukan nilai wang tersebut tapi sikap kerajaan UMno BN yang akan mengumpan wang untuk maksud-maksud kepentingan mereka mereka fikir semuanya boleh dibeli dan diselesaikan dengan wang ringgit lebih-lebih lagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan wang....nampaknya nilai nyawa kita dah tak berharga disini....jika terkena kek Ambo...ambo akan saman PPD K'rian Pelajaran Kerajaan perak Dan kerajaan malaysia walaupun mungkin penjaga dah sain surat pelepasan tanggungjawab oleh PPD jika berlaku kemalangan tapi mungkin ada slot yang membolehkan...alang-alang dapat duit biar dapat dapat betul-betul senang 7 keturunan....baru berbaloi....

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran meluluskan RM10,000 kepada keluarga N. Dina Deve untuk pengurusan pengkebumian murid itu yang lemas selepas jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini semalam.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian hari ini.

- BERNAMA

Cyber Trooper Umno Serang pas
okt 27 09

Pas diserang oleh tentera siber umno....lari...tepis ...serang balik....nampak macam Pas nih baru nak belajar politik...gelabah semacam aje...terutama orang-orang yang gila pangkat dan nama...baru kena gertak sikit satu saf pimpinan mencipta kekalutan...maka keluarlah fatwa-fatwa yang merapu yang merosakkan imej sendiri...tak pasal-pasal nama Anwar juga disebut...asal ada masalah Anwar juga yang kena...Ambo teringat kat pepatah nilah...sayang isteri tinggalkan sayang anak ditangankan kalau parti camna pulak....kalau parti elok disepak-sepakkan aje keluar...korang janganlah kalut semacam beb...korangkan terkenal dengan semangat musyawarah...so bawak bincanglah...tak payahlah dok sibuk buat PC...buang maso jo..

Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata Ketua Penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."
Istiadat Tabal-Kenapa Rosmah Tiada?
okt 27 09

Semalam telah berlansung istiadat pertabalan Tuanku Muhriz selaku YTBNS yang ke11...tetapi yang peliknya kenapa Najib datang seorang tidak bersama Rosmah...kenapa Rosmah pulak pada ketika saat bersejarah ini pergi keDubai buat-buat sibuk...kenapa Rosmah asal kuala pilah tidak merapak sembah menjunjung duli Tuanku sedangkan semua jemputan bertaraf wakil sultan termasuk brunei TYT YDP negeri juga VVIP negara semuanya hadir...apakah penting sangat acara didubai itu sehingga dia tak mahu datang ataupun menggunakan peluang ini untuk mencipta alasan tidak mahu datang...Inilah persoalannya yang bermain dikepala semua orang pelik...pelik...bagi den jawapannya mudah aje Rosmah takut termakan sumpah kot bila balik kampung sendiri...alaaa...macam sumpah laksaman bentan kat Kota Tinggi lebih kurang macam tulah...kan dulu heboh pasal video sedara-mara dia cerita pasal Rosmah ni...jadi dia malulah takut bertembung dengan suku sakat dia yang miskin kat situ...mana ada kelas....lagi pun kat Dubai tu boleh pegi shopping-shopping kat Kuala pilah apa ada...buang masa aje pegi lagipun kat Tv boleh tengok...inilah dia jenis-jenis kekacang yang lupakan kulit....hidung tinggi menongkat langit...sampai saatnya nanti pasti dihempap langit jua...mungkin dia datang jugak kot tapi selepas semuanya selesailah dan ini jelas menunjukkan keegoaan dia melampaui keraguan...

DUBAI, 26 Okt (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin menggesa dengan penuh semangat supaya kalangan wanita bertindak pantas sekiranya mereka bercita-cita untuk mencapai kedudukan di peringkat kepimpinan dan terus tabah dalam berdepan pelbagai cabaran ke arah mencapai matlamat itu.

Rosmah berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Forum Wanita dalam Kepimpinan di sini yang dihadiri oleh kira-kira 300 pemimpin wanita mewakili bidang politik, ekonomi dan perniagaan dari seluruh dunia.

Tuanku Muhriz ditabal Yang Dipertuan Besar N. Sembilan ke-11

TUANKU MUHRIZ menerima menghadap menjunjung duli Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak sempena majlis pertabalan baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, semalam ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Disember 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang menaiki takhta pada April 1967.

Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihan Yang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.

NAJIB diringi Mohamad Hasan (kiri) pada majlis pertabalan Tuanku Muhriz di Kuala Pilah semalam...Rosmah busy kat Dubai..


Perkhemahan 1Malaysia membawa Padah
okt 27 09


Tengokpun dah boleh tahu kukuh ke tak jambatan gantung nih...


Slogan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan benar-benar menjadikan kenyataan bila rakyat didahulukan mati bila pencapaian yang kononnya diutamakan dalam membina jambatan gantung yang baru siap telah runtuh dan dikhuatiri meragut hampir 22 nyawa pelajar sekolah rendah dalam perkhemahan yang dinamakan perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD kinta....apa nak kata....tapi biasalah BN nih bila dah berlaku walaupun nampak kepincangan dan rasuah berleluasa kata-kata akan siasat begitu sinonim dengan pemimpin negara ini....Zambry MB haram perak kata dia tali jambatan tak putus tapi konkrit penahan dia terbongkar keluar...apalah punya bangang MB nih....putus ke tak putus ke yang pastinya jambatan itu telah gagal fungsinya dan pembinaannya...macamanan boleh jadi macam ini...malas nak cerita...tapi itulah jenis kontraktor tahap kerajaan UMno BN nih....yang penting untung banyak soal lain tolak tepi....dah banyak dah berlaku bab-bab runtuh nih...Tapi mungkinkah ini tanda-tanda kerajaan haram perak juga akan runtuh...esok persidangan DUN tentunya akan menggamit seribu satu persoalan yang panas dan sensasi dengan cerita-cerita dahulu dan ditambah lagi dengan jambatan runtuh ini....apakah ura-ura kerajaan haram perak nak bubar dun terus tak jadi dengan kes baru ini...kita tunggu ajelah....






KAMPAR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak pada Selasa di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Saturday, October 24, 2009

Rahsia Sulit Dajjal The Antichrist
okt 24 09

Sekadar bermuhasabah diri dari hiruk pikuk politik tanahair yang tak ada kesudahannya.....eloklah berehat sebentar dan bacalah artikel ini dari blog mistisfiles...

Rahsia yang tidak diketahui oleh para mason....

Dunia sedang menuju era akhir zaman.Masa semakin suntuk.Iblis 'Lucifer' Azazel the Watcher pula semakin merenik peluhnya mengenangkan saat kiamat makin tiba dan dia tidak boleh lari kerana sentiasa diekori oleh Malaikat Maut yang memegang rantai besi dari Neraka.Dajal The Antichrist juga tahu tentang ini tetapi dia perlu menyimpan rahsia terbesarnya kepada para Masons yakni para pencacai dan kuli sama ada di peringkat bawah mahu pun dikalangan elit.

Apakah rahsia yang mahu disembunyikan oleh The Antichrist??


Rahsia Sulit Dajjal The AntiChrist




Allah telah menciptakan semesta ini.Allah telah ciptakan makhluknya.Allah telah ciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia.Namun hakikat sebenarnya,Allah telah ciptakan matahari dan bulan hanya kerana adanya orang-orang beriman dan bertakwa kepadanya.Jika di muka bumi ini tiada satu pun orang yang mengucapkan kalimah "Lailahailallah" maka tidak perlulah matahari,bulan dan alam semesta ini;semuanya akan dihancurkan oleh Allah dan itulah ketibaan kiamat.

Itulah hakikat dunia.Hakikat dunia yang mana orang berbangga-bangga dengan Mercedes Sport dan banglo 3 tingkat.

Allah telah jadikan hujan di mana setiap titis hujan ini ada satu malaikat yang memangku titisan ini dan dibawanya dari langit ke bumi.Maha Suci Allah.Begitu juga elektron-elektron yang mengalir menjadi cas negatif menggerakkan kipas dan menghidupkan televisyen itu terdapat jua setiap elektron itu satu malaikat yang membawanya;maka berapa trillionkah malaikat yang diperlukan untuk menjana 11KV tenaga elektrik?Maha Suci Allah.

Dunia ini pada pandangan Allah tiada nilai apa-apa walaupun sebelah kepak lalat.Jika dunia ini ada nilai walaupun sebelah kepak lalat,nescaya TIADALAH DIBERI SEDIKIT PUN NIKMAT DUNIA INI KEPADA ORANG KAFFIR ITU.Kemungkinan setiap orang kafir akan susah sesuah-susahnya,fakir sefakir-fakirnya sehingga tidak mampu membeli sebutir nasi pun malah mentari pun tidak mahu menyalakan apinya untuk orang kafir tadi dan rembulan pun tidak mahu menemani mereka di waktu malam yang kelam.Mereka dilahirkan untuk mendapat penyeksaan sahaja;HIDUP DAN MATI DALAM KEADAAN HINA DIDUNIA APATAH LAGI DI AKHIRAT.

Dunia dan seisi alam ini diciptakan untuk orang yang beriman dan bertakwa,sebagaimana Allah menciptakan alam semesta ini khusus untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w

Maka berita baik untuk orang-orang yang menentang kalimah "Lailahaillah";golongan Kafir,Munafik dan orang Islam YANG HANYA PADA NAMA DAN MENGHALANG USAHA KALIMAH DITEGAKKAN.Berita baiknya ialah dunia ini TIADA NILAI apa-apa disisi Allah Azza Wa Jalla maka ambillah dan usahalah setakat mana yang mampu di dunia ini.Ambillah kekayaan setakat mana yang mampu sebelum mulutnya dipenuhi oleh tanah kubur.Tentanglah hukum-hukum Allah sebanyak yang perlu sebelum tubuh menggelepar kesakitan akibat sakarat maut.Tiada masalah.

Namun bagi orang yang beriman,dunia yang tidak bernilai ini digunakan untuk menuju ke arah kampung akhirat yang abadi.Menuju ke arah 'The Real World'.

Syaitan manusia di alam ini bertuhankan Dajjal.Dan Dajjal bertuhankan Iblis.Maka bos untuk para syaitan manusia ini adalah Dajjal Laknatullah.Tiada siapa pun di dunia fana ini mempunyai kekuasaan dari segi harta-benda dan politik melebihi Dajjal pada hari ini.Namun Dajjal masih tidak dapat melawan kehebatan kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s.Kekuasaan yang dianugerahkan kepada nabi Sulaiman amat hebat sehingga Nabi Sulaiman dapat mengarahkan angin dan memahami bahasa haiwan malah jin dan syaitan.

” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.

(ayat 35, Surah As-Sad)

Namun Dajjal tidak berputus asa.Dia yakin nasihat yang diberikan oleh Iblis bahawa jika dia berjaya mengalahkan pengikut agama Allah s.w.t maka bermakna dia telah berjaya mengalahkan Allah dan Dajjal lah yang menjadi Dewa Planet Bumi.Maka berusahalah Dajjal untuk mengumpulkan 1001 kemulian dunia ini yang sebenarnya tidak bernilai walaupun sebelah kepak lalat.



Para Masons di peringkat kuli bawahan tertarik dengan slogan-slogan Dajjal yang menganjurkan kasih-sayang,kebajikan dan persamaan sesama manusia.Mereka pun menyertai kelab-kelab Dajjal ini dan berkhidmat sebaik mungkin atas nama kasih sayang sesama manusia.Namun sebenarnya MEREKA TIDAK MENGETAHUI bahawa para Elit mereka menjalankan penjualan senjata,pengedaran dadah,menjalankan industri seks dan pornografi dan penyembahan syaitan.Kelab-kelab Dajjal di Malaysia kebanyakannya diterajui oleh kaum Cina dan India tak terkecuali disertai sebilangan orang Melayu yang mengaku Islam.Mereka banyak menjalankan kerja-kerja amal seperti menyumbang kepada pembinaan perhentian bas dan jejantas serta sumbangan pendidikan UPSR,PMR dan SPM.Pada masa yang sama,para Elit mereka menyumbang kepada kilang-kilang menjual senjata secara haram untuk peperangan yang dirancang dan sumbangan pendidikan kepada para saintis untuk menghasilkan wabak penyakit dan cendekiawan untuk mencipta fahaman memecahbelahkan pemikiran masyarakat.

Di dalam politik di Malaysia yang semakin membimbangkan,para sekular masih mengumpulkan harta benda tanpa memikirkan maslahat umat Islam.Tujuan politik mereka ialah bagaimana untuk mengisi perut sendiri.Tidak terkecuali penyakit ini kepada para pejuang yang mengaku mahu menegakkan hukum Islam.Mereka mengaku ingin menegakkan hukum Islam,tetapi apabila presiden mereka mahu merapatkan hubungan sesama saudara Islam yang berlainan parti politik,serta-merta mereka terlompat-lompat tidak ketahuan punca.Sampai bilalah umat Islam di Malaysia mahu bertengkar pasal parti sedangkan umat Dajjal di bawah NGO-NGO dan parti nya mengembeling tenaga secara istiqamah dan musyawarah untuk menghapuskan umat Islam yang bertelagah ini.

DI NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH,UMAT ISLAM DIPECAHKAN KEPADA SUNNAH DAN SYIAH.Namun ini gagal di Malaysia.Syiah cuba disuntik tetapi hidup segan mati tak mahu di sini.Maka formula yang paling mujarab setakat ini adalah PECAHKAN MEREKA MENGIKUT IDEOLOGI POLITIK KEPARTIAN.

Dalam hal ini umat Islam di Malaysia masih kuat dari segi konsep.Tabiat-tabiat pelik pengikut Syiah yang solat atas batu,meratap-ratap sambil memukul tubuh sendiri sehingga cedera di hari Asyura,memaki-maki sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w,membubuh gambar si mati di kubur-kubur atau menunaikan haji di sebuah tempat di Iran amat-amat tidak diterima oleh orang Islam Malaysia.Namun orang Islam khasnya orang Melayu berjaya dipecah-belahkan mengikut politik kepartian sehingga golongan Dajjal Komunis yang berkiblatkan Dajjal di Singapura berjaya menaiki tampuk pentadbiran.

Para pengikut Dajjal di Singapura amat berbangga dengan kemajuan pesat seperti yang diajarkan oleh para Elit yang hebat ilmu dunianya.Ilmu-ilmu dunia ini sebenarnya mampu dipelajari oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa.Namun perbezaannya segala ilmu ini dipelajari oleh orang beriman untuk menuju ke arah Maha Pencipta yang kekal abadi.Namun para hamba Dajjal di Singapura dan seluruh dunia mengumpulkan kekayaan dan kemuliaan dunia semata-mata untuk menghapuskan umat Islam;dalam konteks ini orang-orang Melayu.

Misi mereka ialah menjadikan orang-orang Islam supaya sama-sama menyembah Dajjal atau disembelih lehernya.

Selepas berjaya menghapuskan orang-orang Islam,apakah lagi tujuan hidup mereka?Ya,mungkin Dajjal akan menaburkan harta-benda yang banyak kerana Dajjal mempunyai "gunung roti dan sungai susu" melambang kekayaan yang berlimpah ruah hasil perniagaan halal dan haramnya.Selepas itu adakah mereka kekal abadi dengan segala harta kekayaan itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Mereka pasti akan mati.

Maka sebenarnya mereka telah tertipu di atas dunia yang tiada nilai langsung walaupun sebelah kepak lalat.Sebagai contoh,mendiang Lim Goh Tong tidak mampu memasukkan seluruh Genting Highland yang diusahakannya bertahun-tahun ke dalam long (keranda) nya untuk di bawa ke 'syurga'.Kekayaannya tidak mampu membawa hidayah kepadanya untuk mengenal Penciptanya sendiri.Kekayaan hanya memberikannya kesibukan hari demi hari sehingga tidak sempat berfikir siapakah dirinya dan untuk apa dan tujuan dia diciptakan.Sehinggalah dia diletakkan di dalam long,kehidupannya hanya didedikasikan untuk membina kota keriangan untuk insan lain tetapi dirinya bakal terseksa di dalam kota kesedihan di alam baqa nanti.Mendiang umpama lilin yang membakar diri.Dia tidak menyimpan pun sedikit harta dan saham untuk bekalan di akhirat nanti.

Cuma satu harapan untuknya,jika dia berjaya mendapat rahmat Allah Azza wa Jalla,atau ketika dia berbaris-baris bersama ahli neraka yang lain sambil melihat orang-orang beriman yang dikenalinya lalu dihadapannya.Jika dia berjaya merayu orang-orang beriman yang pernah menerima pemberiannya atau 'sedekahnya' ketika menjadi pengerusi Genting dahulu dan orang beriman itu memimpin dia untuk merayu kepada Allah Pemilik Hari Pembalasan,maka selamatlah insan bernama Lim Goh Tong ini.Jika tidak maka kekal lah ia di Neraka Tuhan.

Sebab itulah di peringkat bawahan,The Antichrist menjalankan misi kebajikan dan persamaan sesama manusia kemudian mereka ditaburkan harta kekayaan dan menjadi penyembah dunia dan harta benda,kemudian peringkat seterusnya mereka di ajar agama Sihir dan Penyembahan Syaitan.Sampai satu peringkat manusia-manusia yang dungu ini akan di ajar tentang cara-cara menyembah nafsu sendiri dan Dajjal sebagai The wise Man yang serba tahu tentang cara-cara mendapatkan harta kekayaan.Sampai tahap ini mereka masih tidak tahu apa tujuan mereka memperhambakan diri kepada Dajjal,malah Masons sehebat Albert Pike,Mann P. Hall dan George Washington pun tidak tahu.

Dajjal masih menyimpan rahsia terbesar siapa yang perlu mereka perangi.

Namun setiap misi dan tindakan Dajjal dalam siasah politik jelas menunjukkan MUSUH SEBENAR yang harus mereka perangi.

Tiada siasah politik dan ketenteraan besar-besaran yang dilakukan mana-mana proksi Dajjal menjurus kepada tekanan ke atas penganut agama lain.

Penindasan penganut Buddha di Tibet oleh Israel?Pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil di Sri Lanka oleh tentera Amerika atas nama memerangi keganasan?Pembunuhan ke atas penduduk Serbia oleh tentera NATO?

Tiada.Di seluruh dunia,hanya umat yang satu ini ditindas walaupun mempunyai 1.5 Bilion penganut.

Maka diperingkat paling atas,para Rahib Syaitan The AlMasih Laknatullah diajar tentang musuh sebenar mereka iaitu ISLAM.Mereka perlu hapuskan Islam kerana Islamlah yang menghalang tujuan mereka untuk menjadi 'angel' di muka bumi.Segala perancangan,perbelanjaan dan operasi sebenarnya diperuntukkan untuk memerangi Islam dan penganutnya.Bukan Buddha,bukan Hindu,bukan Yahudi apatah lagi Kristian.

BEGITU BESARNYA DAN GERUNNYA MEREKA KEPADA ISLAM MELEBIHI HARTA KEKAYAAN YANG MEREKA KUMPULKAN SENDIRI.

Itulah rahsia yang disimpan di dalam Diari Keramat Sang Dajjal sejak dia mengaku dapat menjadi Tuhan sebagaimana Dia.Jalan yang diberitahu Iblis memang jelas,hapuskan Islam dan penganutnya.Kau akan menjadi dewaraja di bumi.Kerja-kerja Iblis 50% di'subkontrak'kan kepada Dajjal yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa dirinya dikelentong hidup-hidup oleh Iblis "The King of Underworld".

Jadi Dajjal pun berusaha siang dan malam mengajak manusia khasnya para Masons supaya mencari dunia yang nilainya tidak sampai pun sebelah kepak lalat.Jika segala isi dunia pun tidak bernilai walaupun dibandingkan sebelah kepak lalat apatah lagi BMW 7 Series?Malah sebelah najis lalat pun tidak dapat dibandingkan dengan Mitshubishi Evolution III atau Nissan Skyline.JIka sebelah najis lalat tadi ada nilai disisi Allah Azza Wa Jalla maka jangan harapla orang KAFIR merasa memandu Mustang GT atau Ferrari malah sebutir gandum pun tidak layak dimakan oleh para KAFIR,MUNAFIK DANORANG ISLAM PADA NAMANYA SAHAJA LAGI MENGHALANG HUKUM ALLAH YANG MAHA KERAS AZAB-NYA DITEGAKKAN.


” Tiada akan datang hari kiamat selama masih ada di bumi yang menyebut Nama Allah".

(Hadis Nabi dari Shahih Muslim)

Begitu besarnya nilai nama Allah s.w.t itu sehingga perlu menunggu bumi ini tiada langsung orang beriman dan hanya tinggal orang-orang kafir sahaja termasuk munafik yang tiada nilai langsung barulah dunia ini dihancurkan kerana tiada keperluan lagi alam semesta dikekalkan.

Ini juga bermakna bumi ini masih wujud kerana masih terdapat orang-orang beriman.Maka orang-orang kafir duduk menumpang di dunia ini sambil berpesta ria dengan tarian bogel sambil minum arak pun dengan belas ihsan Allah.s.w.t kerana asbab masih wujudnya orang yang menyebut nama Allah s.w.t.Apabila tiada lagi orang menyebut nama Allah,yang tinggal hanya saki baki para Masons yang dungu dan orang-orang kafir,maka bumi akan dihapuskan terus.Tiada gunanya lagi menyediakan bumi dan langit kepada orang yang masih berdegil menentang Penciptanya sendiri.

Insaflah,sampai bila kita mahu berlagak angkuh mendabik dada di bumi Allah ini.Setiap masa kubur kita akan geram mahu menghimpit kita di alam barzah nanti.Na'uzubillah min zalik.-sumber mistisfiles
Jawapan TGNA Tentang EGM
okt 24 09

Samaada kecewa atau putus asa jawapan TGNA tentang EGM ini tidak begitu memberangsangkan...sanggupkah dia melihat Pas berpecah....satu jawapan yang tidak sewajarnya keluar dari mulut mursyidul am...sepertimana yang dikatakan dulu kalau EGM ini boleh memecahbelahkan eloklah dibatalkan aje hasrat itu....sebagai pemimpin perlulah bersedia untuk dikritik dan menjadi pendengar yang baik....jika silap betulkan jika kurang ditambahkan jika tak berupaya letak jawatan secara sukarela itu yang baiknya...tindakan memecat atau menggugurkan pemimpin dengan jalan paksa akan mengundang lebih banyak masalah lainlah jika terbukti kesalahan dia yang nyata seperti hj hadi dan nasharudin terang-terang menyokong UG dan UMno dan cara lain diadakan pemilihan semula....

KOTA BAHARU, 23 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-bernama
Hikayat Tiga Mason Melayu-Mahathir,Anwar Dan Nik Aziz
okt 24 09

Agak menarik posting dari blog MisticFiles ini untuk dibaca dan direnungkan....

Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu. Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang. Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa. Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.

Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini. Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan. Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.

Seorang digelar Mahafiraun, seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika. Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.

'Tiga Masons Melayu'
Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh. Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri. Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist, para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia. Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal.

Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata.

Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani. Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.

Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.

Soalannya sekarang, adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?

Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya. Jawapan kadangkala tidak membantu, malah menyusahkan,memecah belahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan. KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI. Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik, mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.

Kita tidak perlukan jawapannya sekarang. Walaupun salah seorang, atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam, namun itu bukanlah tujuan kita. Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.

Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita. Dengan kata lain, apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita, kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis, segar lagi menyihatkan.

Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran, percaturan ekonomi dan pembangunan. Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan. Jika beliau adalah seorang diktator, ya... beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT. Putrajaya, adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia. Jika tidak asbab inisiatif beliau, Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri. Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri. Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.

Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional. Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.
Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama. Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia. Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau.

Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya. Semua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau. Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB. Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.

Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain. Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir, sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

Katakan saya ialah Dajjal The Antichrist. Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah. Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar, beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Dia hanya menyuapkan pembangunan semata, menghina janggut nabi, menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t.

Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam? Jakim? Ahh... Jakim hanyalah topeng sahaja. Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini? Semakin lama si JAKIM ini bernafas, selagi itulah agama dikurung didalam surau, masjid dan pejabat agama. Ya, ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka, adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi?

Hipokrit, mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.
Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.
Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini. Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati. Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar, peneraju kesatuan dan pertubuhan, amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap. Percakapannya memukau, gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.

Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM, sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS, sebuah gerakan Islam berteraskan politik. Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah ; memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit, memulihkan dari dalam, menerajuinya dan mungkin... menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.

Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah. Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.

Namun , panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai. Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri. Di masa-masa kegemilangan beliau, Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi. Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir. Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar, sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara.

Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih. Selepas itu, seolah-olah dirancang, satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.
Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik. Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya. Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau. Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam. Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan revolusi. Road show dan demonstrasi jalanan dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara.

Jika Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya? FIKIRKAN RAHSIA INI.

Di dalam penjara, Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya. Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat. Hina sehina-hinanya. Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan, sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.

Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara, beliau mengalami trauma yang amat dasyat. Dibogelkan dan dipukul dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya, walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi, itu bukan persoalannya sekarang.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, inilah masanya untuk bertindak. Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara. Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat. Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti. Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan.

Saya akan mengagak, sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya. Teorinya tidak susah, orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain, maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah.

Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah.Moral dan semangatnya amat lemah. Kekecewaan, kesedihan dan rasa marah yang dahsyat pasti menguasai diri. Di masa inilah yang sesuai untuk saya cucukkan jarum. Anwar perlukan sokongan di masa ini. Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai saya. Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri.

Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya, namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat. Hahaha... mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya. Mereka datang bukan dengan tangan kosong, tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara.

Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan. Dia musuh No. 1 negara sekarang. Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya? Fikirkan. Strategi bijak saya ini akan mengena.

Saya ialah Dajjal, Manusia Bijak. Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia? Siapa Dale Carnegie? Anthony Robbins? Neuro-Linguistic Programming? Itu semua sampah! Rubbish! Seni mindcontrol saya lebih dahsyat!

Setelah keluar dari penjara, Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara. Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik. Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya. Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya, dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya.

Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama, dan teka... adakah Anwar akan menuruti langkah kami?

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist. Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja. Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain. Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja, kuil dan tokong.

Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal. Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar. Al-Gore sudah tentu idola Anwar. Hidup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan harta benda ke atasnya. Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, apa maknanya itu?

Ya.. ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason. Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.

Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.
Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berjuang atas nama agama Islam. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik, tetapi seorang pemimpin spiritual. Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini. Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas. itu sahaja. Noktah.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir. Saya akan dekati Nik Aziz ini. Bagaimana saya mahu dekati dia? Dia seorang yang berlatar belakangkan agama.

Haha.. .tidak susah. Malah amat senang sekali. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya, hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam. Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah. Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak, berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya... huhuhu.

Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap. Dia semakin tua.Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah. Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu. Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif. Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya.

Jadi biarlah Umno dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan... biarkan.

Nik Aziz semakin tua,dan semakin nyanyuk hehehe... lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri. Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk. Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatu padukan umat Islam di dalam Umno dan Pas.

Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah. Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah, India, Iran atau Pakistan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason, kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%. Kenapa?

Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang. Bila Pas nak muzakarah dengan Umno, kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh? Bila gagal, boleh kutuk-kutuk Umno pula. Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan, si tua ni lagi yang buat masalah. Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing. Tidak boleh disentuh langsung. Haram.

Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja? Biar betul si tua ni. Pelik dan semakin pelik. Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno. Tidak beragak langsung. Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri? Betul-betul pening dengan si bangka ini.

Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.

Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama. Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan ; mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja? Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.

Tiga bahagian ini cukup untuk menghuru harakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu. Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan, menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa. Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?

Mari kita main permainan teka-meneka. Jika Mahathir adalah Mason, Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya. Jika Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan, ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand.

Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan. Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal. Mason perlu berjaya dengan mudah. Lihat senarai presiden Amerika. Berapa ramai yang menjadi Mason? Berapa ramai yang tidak? Dan Nik Aziz.

Jika dia seorang Mason, ini adalah sesuatu yang istimewa dan unik. Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason. Bodohlah The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat. Mereka akan diuji. Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.

Sekarang mari kita muhasabah diri kita. MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??
Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason, ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.

Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad. Kita tahu dia seorang Islam seperti kita. Jangan persoalkan imannya. Itu urusan Tuhan.

Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam, sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam. Tiada. Anwar seorang Islam seperti kita. Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas.

Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube, skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria. Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.
Anwar seorang Islam seperti kita. Jangan ragu.

Nik Aziz? Tidak perlu diulas. Jika diulas, ini namanya pembaziran.
Wahai manusia yang mengaku Islam,

Justeru itu, tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka, dengan hati penuh tulus ikhlas... mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman. Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis.

Jika kita bersangka baik dengan mereka, bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas... lambat laun... sekiranya Mahathir seorang Mason sejati, insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya.

Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun, nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam, sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik, membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri.

Mungkin setelah berada di alam barzah,Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya. Na'uzubillah min zalik.

Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal Laknatullah, ditetapkan iman dan perjuangan?

Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman, insyaAllah... Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia, jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah.

Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma. Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya, maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat... ohh... dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.
Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat. Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam. Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya. Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri.

Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz, insyaAllah sudah pasti 1000 orang tadi akan mendapat manfaatnya. Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz, maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat ,jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura. FIKIRKANLAH.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada. Jika Mahathir... ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh, insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba.

Jika Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal Komunis. Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.

JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH, MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.

Mungkin ini semua sebuah utopia, fikir sesetengah pesimis. Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi, dijajah dan dihalau. Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu, tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain. Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecah belah.

Tidak ada ruginya kita bersangka baik. Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.

Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia. Kekuasaan di tangan-Nya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada kuasa.

Sumber - MistisFiles

Friday, October 23, 2009

Dua Ekor Beruk Dan Lembu SPRM
okt 23 09

Dua ekor beruk mak ye hari ini berada dalam dua situasi berbeza...seekor beruk dek kerana nak merajuk telah diselamatkan oleh lembu SPRM apabila lembu ini mengubah pengakuan yang dibuatnya dulu....seekor lagi rasa sungguh senang hati bila dapat dekat sejuta duit untuk kawasan dia ataupun poket dia....mana kita tahu ye tak...

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.


Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

harakahdaily

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut.

"Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada
Malaysiakini lewat petang semalam.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran