Thursday, October 15, 2009

Rumah Pemimpin DAP Di "Bom"
okt 15 09

Nampaknya budaya samseng dibagan pinang telah menular keipoh...Inilah kesannya apabila BN memsamsengkan anak-anak muda yang sepatutnya diajar sebagai generasi pelapis negara bukan memsamsengkan mereka....mereka selalu menuduh PR menghalalkan cara tapi itulah yang berlaku kepada mereka sekarang... menghalalkan semuanya...

Sebuah mercun bom sekali lagi dilemparkan ke rumah pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng di Jalan Ipoh di Sibu malam tadi.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menunjukkan dua lelaki yang tidak dikenali melemparkan bahan letupan itu ke pagar rumahnya dan ia meletup dalam kejadian pukul 7.26 malam.

"Saya sedang membuka pintu apabila ternampak pancaran cahaya api diikuti letupan yang kuat.

"Api yang memancar dilepaskan di merata-rata tempat termasuk di halaman rumah saya. Rumput di tepi longkang juga dijilat api dan terbakar dalam jarak kira-kira tiga meter," katanya kepada pemberita.

Katanya anggota keluarganya yang berada di rumah pada masa itu semuanya selamat dan tiada harta benda yang rosak walaupun lima anaknya agak gementar.

Kejadian ini kali kedua mercun bom dilemparkan di rumahnya selepas insiden yang sama pada 27 Sept tetapi ia tidak meletup.-bernama

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran