Tuesday, October 20, 2009

PAS Cabar Kemenangan Isa
okt 20 09

Cabar memang boleh cabar tapi pastikan tidak membuat kerja sia-sia...kalau undi tu sikit oklah tapi banyak undi Isa dapat tokeyai nampak susah nak menang tapi kata orang belum cuba belum tau ye tak...apa-apapun kena ingat najib sudah tentu akan memastikan spr sprm dan hakim bicara menyokong mereka...sekali lagi diingat jangan buat kerja sia-sia buat sakit jiwa aje...kalau betul ada bukti kasi balun habis jangan bagi can...

PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.

Tambahnya, PAS telah melakukan pelbagai pendekatan berhubung perkara itu, termasuklah demonstrasi, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Unit guaman kita sedang kumpulan bukti yang kukuh. Kalau tidak ada bukti, tidak guna juga bawa ke mahkamah," katanya.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok.

Ia bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran