Thursday, October 22, 2009

Kalimah Kulit Bayi Vs Sejadah Berdiri
okt 22 09

Nampaknya dah macam hari-hari pulak kejadian sejadah berdiri ni berlaku....dah nampak macam dibuat-buat pulak bertujuan untuk mengalihkan fokus orang melayu terhadap permasalahan semasa sekarang ini ataupun sekadar untuk mempopularkan sesuatu tempat....lepas satu tempat satu tempat dia berlaku kali ini pulak dikedah dan pulau pinang....biasanya lah ikut fahaman tokeyai benda-benda yang mistik aneh dan pelik ini amat jarang dia akan berlaku dan tidak akan menonjolkan diri secara umum macam ini....tak semua orang dapat merasai kejadian-kejadian yang benar-benar pelik dan diakui kepelikkannya itu serta diterima oleh agama dan akal....Satu lagi kejadian yang didakwa pelik ialah diRussia bilamana kulit peha seorang budak tertera kalimah islam yang boleh hilang dan menjelma semula pada hari isnin dan jumaat dan ia mengandungi peringatan "Allah pencipta segala yang ada"....mufti russia pun dah mengesahkan perkara ini....tokeyai pun tak tahu nak kata apa cuma jika ia benar jangan dianggap apa-apa kepada budak ini....jangan dipuja pulak tapi seandainya sebaliknya jangan diapa-apakan pulak budak ini yelah...dia kecik lagi mana dia tahu retorik...retorik..nih.....Hai...kata orang tua-tua dunia dah tua agaknya...macam-macam benda pelik-pelik berlaku termasuklah UMno yang nak tubuh Dewan Ulama dia...dah buang tebiat agaknya UMno nih....

Sejadah berdiri berlaku pula di Kedah, Pulau Pinang


ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KUALA LUMPUR - Kejadian sejadah berdiri terus berlaku semalam dan kali ini di Kedah dan Pulau Pinang selain kejadian sama berulang di Kelantan.

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran