Thursday, October 22, 2009

PRK Parlimen Batu vs Majistret Kasim Selamat
okt 22 09

Ini baru betul-betul kejadian pelik...berlaku didepan mata kita...Alkisahnya seorang hamba rakyat telah didapati bersalah kerana menggigit seorang pengawal yang mana pengawal itu tiada pula kesan digigit dimana pengawal itu juga mengaku memulakan dengan menumbuk hamba rakyat tersebut...akibatnya hamba rakyat itu didakwa kerana cuba menggigit pengawal yang sepatutnya bertugas ditempat sarang dadah tapi bertugas pulak dirumah undang-undang...agaknya banyak dadah disitu ataupun nak perangkap ahli rumah dengan dadah...Ini memang kejadian pelik..sang hakim walaupun mengaku tiada bukti perbuatan menggigit tapi dia PERCAYA melalui aura dalaman dia sihamba telah menggigit sipengawal...Nampaknya sang hakim cuba membolehkan sipenguasa semasa merampas semula kerusi sihamba tersebut...Inilah kejadian yang betul-betul pelik bin tak tahu nak kato apo laie....

Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.

Majistret Mohd Faizi Che Abu berkata beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Hukuman akan diatuhkan selepas majistret mendengar rayuan selepas rihat.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa tindakan menggigit itu berlaku.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran