Monday, October 5, 2009

Malaysia Malap Macam Azeez Kata Tun M
okt 05 09



Frust tak dapat jadi calon bagan pinang



Dipercayai penyokong Tok Isa Samad yang mengalungkan selipar kpd Tun M,Muhyidin dan Mat Hasan.Penyokong Tok Isa cepat belajar dari MIC.Mari kita semak kenapa mereka bertiga dikalungkan selipar.Mat Hasan sebab tak mahu Tok Isa berkuasa semula di N9.Muhyidin pula kerana perselisihan faham dengan Tok Isa semasa bertanding jawatan naib presiden Umno dahulu.Untuk Tun M ,Tun M lebih rasuah dari Tok Isa.



Banner diatas pula dipercayai dibuat oleh penyokong Tun M yang juga pengundi Bagan Pinang yang tidak berpuas hati bila Tok Isa dicalonkan.Mereka tahu rekod buruk pentadbiran Tok Isa semasa Menjadi MB N9 dulu.Mereka-mereka inilah yang menyokong Mat Hasan untuk hanya menamakan Ketua Wanita Umno Telok Kemang sebagai calon di Bagan.Tapi telah dipintas oleh unit risik Tok Isa.Lalu keluar banner boikot prk di seluruh Bagan.

Malaysia malap dan buruk kalau pembangkang perintah kata Tun Cedet...orang tua nih dah mula start dia punya nyanyuk..apa selama ini malaysia terang benderang ke ...ye betul terang benderang tapi kat KLCC tu betul..terang benderang dan dekat rumah korang UMno semua...Tang lain ko jangan nak membodohkan kitaorang...tak kemana hebat sangat malaysia nih...start korang perintah sampailah la ni..Hebat tang ISA bukan isa pendek..rasuah..kroni..perompak..peragut..perogol...sistem kehakiman dan SPRM yang tunggang langgang itu betul..nama betul-betul hebat untuk dibanggakan mengguna istilah berdiri sama level dengan negara lain jangan nak menipu..istilah demokrasi yang diguna hanya untuk menyekat pergerakkan pembangkang biar kau dapat terus berkuasa..jadi apa yang terangnya Tun Nyanyuk...yang den nampak kepala syed hamid yang terang menyilau....kalau tak takkan lah ko dapat gelaran Mahafiraun...Nie..Tun den nak habaq yang sebenaqnya UMno yang kau bangga-banggakan tu dah nak mampui dah...kalau Tun belum tau lagi la...pakat kemas-kemaslah cepat....

DUNGUN, 5 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran