Pemuda Umno Istihar Perang Siber
okt 14 09
Ambo nak tanyo pemuda-pemuda UMno nih dah cukup ilmu ke belum nak turun berperang nih..kang mati katak kang...sio-sio ajo anak omak mati katak....nih den nak bagi petua kek askar dan panglima siber korang...patuhilah 4 rukun plus 1 nih....
1.wahdatul ampui
2.wahdatul maki-makiun
3.wahdatul kipasi
4.wahdatul aljilati
plus
5.wahdahlatu pegimatila
PERANG SARAF SIBER TUMPUAN PEMUDA UMNO
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Atas kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pemuda Umno menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.
Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan "perang saraf" melalui blog atau web portal online.
Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.
"Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru," kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.
Langkah itu merupakan satu daripada lima penanda aras digariskan kepimpinan Pemuda Umno semasa perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini bagi menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN.
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment