Sunday, October 4, 2009

Mamat Ni Muntah-Muntah Pulak Dah....
okt 4 09


Pelakon pembantu rajnikhant ni mengalami kecederaan tisu lembut ikut kata hospital tulah...alah maksudnya kesan kat kulit luar aje..itu pun nak kecoh...lepas tu mengadu pulak muntah-muntah dan nak pengsan...mengandung ke apa...alah baru kena pukul sikit macam dah nak mati aje tengok..kata ketua putera takkan lembik macam sotong buat malu kaum aje...Kalau dia mengadu kat polis sure polis cakap..yang kau pergi masuk kandang harimau buat apa...kambing pergi masuk kandang harimau nak menempah maut lah namanya...tulah sibuk sangat nak sokong ISA pendek kan dah dikambinghitamkan...Alah...kesian anak papi mai sat papi kasi jampi...awat hang berlakon hangat sangat....

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam, mengalami kecederaan tisu lembut selepas didakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam.

Abdul Azeez berkata beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95. Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini.

Abdul Azeez berkata hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak.

Beliau berkata ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sama-sama berjalan dengan beliau ke pusat penamaan calon semalam.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran