Prestasi Najib Makin Malap
okt 08 09
Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Tun M apabila pembangkang memerintah malaysia akan menjadi malap...jadi apa kena mengena dengan najib...korang ni..slowlah...kan hari tu Tun M dah pesan jangan pilih ISA pendek jadi calon...tapi najib pilih jugak tak ke namanya membangkang cakap Tun M...dah sahlah najib nih pembangkang...patutlah Malaysia ni makin malap prestasi dia pun terus malap termasuklah putera azeez yang sedia malap dan akan malap tak lama lagi...itu pasallah jangan bagi orang yang membangkang Tun M nih memerintah dan menang pilihanraya takut nanti malaysia bukan lagi malap tapi terus gelap gelita....Wa sokong lu Tun M memang pembangkang-pembangkang UMno nih jenis tak berguna satu sen pun...
Gemerlapan Perdana Menteri Najib Abdul Razak semakin malap, menurut hasil tinjauan Merdeka Center.
Dalam masa enam bulan sahaja memegang tampuk pemerintahan negara, persepsi umum terhadap Najib corot sebanyak 10 peratus dari 65 peratus Jun lalu kepada 56 peratus.
Menurut Merdeka Center, tinjauan ini bermula September 4 hingga 14 September dan membabitkan 1,027 peserta 21 tahun dan keatas.
Manakala untuk pecahan mengikut kaum, Merdeka Center melaporkan Najib semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat India dengan 68 peratus responden berpuas hati dengan kepimpinan Najib.
Antara sasaran Najib adalah memulihkan sokongan masyarakat bukan Melayu kepada Barisan Nasional, dengan memberikan pelbagai imbuhan antaranya saham Amanah Saham 1Malaysia dan bantuan usahawan.
Najib juga adalah Perdana Menteri yang kedua selepas bapanya yang melawat kuil Hindu Batu Caves.
Imbuhan Najib bagaiamanpun tidak memberi kesan kepada masyarakat Cina.
Menurut tinjauan Merdeka Center, Najib dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan beliau tidak mendapat sambutan dari masyarakat Cina (36 peratus).
Manakala sebanyak 64 peratus orang Melayu menyokong Najib.
"Secara amnya, tinjauan mendapati jumlah mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau pada takat 23 peratus berbanding 22 peratus pada Jun 2009," kata jurucakap Merdeka Center Ibrahim Suffian.-tvantara
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment