okt 06 09
Awas.....dalam rambut gondrong pun ada tersembunyi wang untuk disogok!!!!!
Tokeyai menjelaskan apa yang dikatakan oleh kuda kepang adalah mengapa ISA pendek jadi calon UMno tidak orang lain..ISA pendek ni dah terpalit dengan kes rasuah mengapa dipilih...orang macam ini tidak boleh jadi pemimpin....mesejnya jelas UNDI lah PAS dan beri kemenangan kepada calon PAS..supaya dilain kali UMno akan belajar dari kesilapan ini jika tidak sesiapa yang mengamalkan rasuah boleh jadi menteri hatta PM sekalipun dan tidak ada ertinya UMNO selepas ini.......Syabas kudakepang berkata benar sekalipun pahit bagi ISA pendek dan sekutu-sekutunya...
Bagan pinang,Serapah minang,Siapa menang?
Orang Negeri Sembilan adalah pengamal adat Minangkabau. Satu dari societal dictum atau madah serapah yang menggemblengkan kemuafakatan masyarakatanya ialah: bukit sama didaki, lurah sama dituruni; hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah; dan, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
Namun orang Melayu juga mempunyai bidal dan kata nasihat bahawa bila guruh berdentum di langit, air tempayan jangan curahkan; burung terbang jangan pipiskan lada; jong pecah, yu kenyang; dan, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga!
Lantas, bagaimana agaknya madah serapah dan bidal kata ini akan dimanifestasikan di Bagan Pinang? Pengundi India yang jadi penentu dalam PRK ini memang bingung total untuk memahaminya. Para pengundi Melayu bagaimana rentaknya? --- Ruhanie Ahmad
No comments:
Post a Comment