Tuesday, October 13, 2009

Subsidi Beras-UMnoMoral Terus Menipu Rakyat
okt 13 09

Sehari selepas UMno menang di Bagan Pinang langkah pertama yang diambil adalah menarik balik subsidi beras kepada pemborong dan peruncit....ha...ha...ha orang bagan pinang kena tipu hidup-hidup padan muko hang percayalah lagi dengan UMnoMoral nih...kerajaan kata harga beras tidak naik...boto ko...sehari dua ni mungkin tak naik tapi bila pemborong dan peruncit memboikot tak nak jual beras...harga mesti naik punya...apalah punya bangang noh omar ni...bila dah tak ada subsidi kos mesti naik punya...takkan pemborong dan peruncit nak tanggung semua...akhirnya sapa yang tanggung...orang bagan pinang jugak yang tanggung...sekali lagi kha....kha...kha....padan muko...sekali lagi kerajaan nak membodohkan rakyat...dia punya pusing-pusing cerita cukup baik macam kes ron95 dan ron 97...dia kata rakyat pilihlah nak guna minyak mana...tapi akhirnya rakyat pakai jugak ron97 yang harganya 2.05 sebab pakai ron95 kereta banyak buat masalah...macam tulah kes beras nih...sama jugak macam minyak nih..pusing-pusing kerajaan hanya nak membodohkan rakyat...last-last rakyat terpaksa jugak membeli beras yang mahal sebab beras hancur 15% dah betul-betul hancur....korang tak caya...korang tengoklah nanti...tang nak bagi subsidi RM10 kat orang miskin tegar seramai 200ribu tuh...kira baguslah yang tak bagusnya takut semuanya tak sampai habis dipulun oleh ketua-ketua bahagian,ketua-ketua kg,pengerusi JKKK waimah wakil rakyat sekalipun benda free sapa tak nak...orang gila pun nak...yelah dah kerajaan UMnoMoral B-End menghalalkan rasuah nak buat macamana sapu ajelah...den raso eloklah dibubarkan aje SPRM tuh buat ngabiskan duit dan boreh aje bayar gaji dia orang lagipun rasuah dah halal sekarang...tukar aje jadi Suruhanjaya Pengiktirafan Rasuah Malaysia...sapa yang tak nak buat rasuah tangkap masuk jel...baru ngam...baru betul sekarang nih...Selamat Untuk MalaysiaKu....

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

“Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.

“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) kepada para pegawai kerajaan serta anggota Parlimen di sini.

Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.

Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara, katanya.

Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja.

Mengenai pengagihan kupon, Noh berkata, ia akan disalurkan menerusi semua anggota parlimen termasuk daripada parti pembangkang yang kemudiannya akan menyerahkan kepada penerima mengikut senarai yang dikeluarkan portal Pembasmian Kemiskinan ‘e-Kasih‘ Jabatan Perdana Menteri.

Noh berkata, bagi tujuan pelaksanaan sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong beras di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan daripada kerajaan mengenai sistem pembelian melalui kupon ini.

“Selama ini pengilang dan pemborong mengaut keuntungan besar terutama apabila kerajaan membahagikan beras kepada tiga katagori iaitu ST15 (15 peratus hancur), ST10 (10 peratus hancur) dan ST5 (lima peratus hancur).

“Apa yang berlaku sekarang, beras ST15 sukar didapati di pasaran kerana pemborong membungkus semula beras ST15 kepada ST10 atau ST5 yang harganya jauh lebih mahal,” katanya.

Ditanya kemungkinan akan berlaku penipuan kualiti, Noh berkata, selepas ini kerajaan membenarkan beras ST15 dan ST5 dijual di pasaran terbuka manakala ST10 akan dimansuhkan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran