Friday, October 2, 2009

Bila Undi Pos 1200 Aje Bukan 4604
okt 2 09

Jika benar dakwaan Pas ini apa bapak-bapak kantor SPR mau ngomong...mau menipu lagi dan mencari alasan untuk menipu....kamu nih sih bener-bener korupsi nggak bisa menegakkan keadilan jangan sampek kamu dipanggil anjingsi....aduh...kok gue ngomong indon gimana nih...

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mempertikaikan kesahihan jumlah pengundi pos yang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh jentera PAS, mereka mendapati hanya terdapat 1,200 orang pengundi pos yang benar-benar tinggal di kem Si Rusa, Negeri Sembilan.

"Pihak perhubungan PAS telah membuat perjumpaan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bincang mengenai proses pengendalian undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 28 Ogos yang lalu.

"DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang paling ramai iaitu hampir 5,000 orang tapi dalam semakan yang kita buat sendiri hanya 1,200 orang yang benar-benar tinggal dalam kem.

"Manakala yang selebihnya sebahagian besar mereka ini sudah pun bersara dan ada yang telah berpindah ke kem lain," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini pada pagi Jumaat.

Jelas Mustafa, jika mengikut kaedahnya, mereka yang telah bersara tidak boleh menggunakan keisitmewaan tersebut dan mereka sepatutnya mengundi seperti biasa.

"Ini yang menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih yang sedia ada ini benar-benar bersih dari sudut itu.

"Kita mintak SPR supaya menggunakan kaedah yang sesuai untuk memastikan bahawa mereka yang tidak tinggal dalam kem tersebut tidak boleh menggunakan kaedah pengudian secara pos," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos - menjadikan DUN ini sebagai antara paling ramai pengundi pos di dalam negara.-mstar

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran