Wednesday, September 30, 2009

Polis Didakwa Sebabkan Kugan Mati
sept 30 09

Poliskan Raja DiMalaysia dia boleh buat dia suka...apa nak heran...dakwa pun bukan sebab membunuh tapi mendatangkan kecederaan macam tulah lebih kurang ayatnya...itu pun pasal bagan pinang nih...kalau tak haram...senyap gitu aje...gua dah faham sangat peguam negara punya sepak terajang nih...memuskilkan jugak takkan seorang aje yang terlibat takkan simat dan siabu tengok aje siNavindran belasah Kugan....musykil..musykil....ana musykilah....ke siNavindran nih dikambing hitamkan..

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata seorang anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

"Saya telah mengarahkan dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 1 Oktober (esok)," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan petang ini.

Kugan, 22, mati semasa dalam tahanan polis di balai Taipan di USJ pada 20 Januari lalu, selepas ditahan untuk disoalsiasat berhubung beberapa kes kecurian kereta mewah.

Malaysiakini melaporkan dua hari lalu bahawa sekurang-kurangnya seorang anggota polis dijangka didakwa di mahkamah berhubung kematian Kugan.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu seawal jam 8 pagi di luar mahkamah mendapati kes itu tidak ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, siasatan polis mendapati, daripada 92 kenyataan saksi, hanya empat saksi yang mengenalpasti Navindran sebagai orang yang menyebabkan kecederaan pada dua waktu pada 16 Januari 2009.

Katanya, dalam kedua-dua kejadian itu, suspek dikatakan telah memukul Kugan dengan paip getah dan empat hari kemudiannya Kugan meninggal dunia.

Abdul Gani berkata, dalam tempoh masa empat hari itu, mangsa telah membantu siasatan polis dengan membawa mereka ke empat lokasi pada empat tarikh berlainan antara 16 dab 20 Januari 2009.

Abdul Gani juga menjelaskan mengapa Navindran tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh tetapi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Katanya, ia kerana tiada bukti bahawa mangsa mati mengejut, tetapi sebaliknya mangsa meninggal dunia empat hari selepas dia didakwa dipukul.

Oleh itu, kata Abdul Gani, terdapat jurang masa yang lama di antaranya dan oleh itu suspek tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh.
-mkini
Dr Mahathir Tak Kempen Untuk ISA
sept 30 09





Nampak sangat Tun M kecewa kerana pandangannya najib tak pakai tidak seperti PRK-PRK yang lain kali ini dia boikot untuk tidak turun berkempen dibagan pinang...kata orang kalau kita tak dengar cakap orang tua alamat kena daulat dia...den harap biarlah betul-betul daulat orang tua nih menjadi biar terlingkup Recycle Bin Umno siperasuah tuh dibagan pinang...panduan untuk pengundi bagan pinang kalau korang totap nakkan siperasuah nih jadi pemimpin korang dah sahlah korang ni semuo buto hati dan mato pilih pemimpin yang badan pendek otak membelit sangatlah panjangnya....

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Pada Selasa, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang."

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."
Islam Perlis dan Islam Malaysia
sept 30 09

Kita fahami sebentar isu islam wahabi perlis yang berbeza dengan islam dilain-lain negeri dimalaysia...kita lupakan sekejap bagan pinang yang pastinya akan lebih panas seminggu ini...Tokeyai terkesan dengan hadis nabi diakhir zaman nanti umat islam terbahagi kepada 72 kelompok hanya satu sahaja yang diiktiraf Allah atau yang benar jadi kalau ada 4 makhzab dah ada 4 kelompok campur dengan wahabi,syiah tarikat itu tarikat ini aurad itu aurad ini campur dengan ajaran-ajaran yang tak nampak dan mengikut fahaman sendiri jadi betullah kata Nabi SAW itu... jadi dimananya kedudukan kelompok yang satu itu...masing-masing mengatakan fahaman mereka lebih betul dan benar siap dengan nas dan hadis perkara yang sunat jadi harus perkara yang harus jadi sunat makruh haram dan sebagainya persoalannya mengapa berbeza-beza sedangkan Alquran hanya satu...mungkinkah sebabnya alquran dan hadis ditafsir oleh ulamak-ulamak yang berbeza fahaman dan latarbelakang atau kurang pengetahuan sehingga menimbulkan berbagai-bagai fatwa dan pegangan sehingga sesetengah orang sanggup mencipta ajaran islam sendiri yang dikenal sebagai ajaran sesat.....wallaualam

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

  • Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
  • Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah]. Wahabi dianggap syaitan-syaitan dari kalangan manusia.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

[sunting] Amalan kaum Wahabi menurut hadith

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

[sunting] Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
  5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
  6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
  8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
  10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

[sunting] Fahaman Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang pengamal wahabi juga

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.

Tuesday, September 29, 2009

PJ Pas N9 vs Recycle Bin Umno
sept 29 09

Harap-harap Mat Hassan MB kempen untuk calon PAS....sebab kalau Recycle Bin Umno menang peluang dia nak jadi MB sangat cerah....habislah ko hassan....

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zulkefly berkata Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat.

“Kita bertanding untuk membela rakyat,” katanya.

Ditanya harapannya dalam piliharnaya kecil kali ini memandangkan beliau bukan anak tempatan, Zulkefly yang pernah tiga kali bertanding sebelum ini berkata:

“Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”.

Ditanya mengenai calon BN - Tan Sri Isa Samad yang merupakan calon popular dan mendapat sokongan akar umbi - Zulkefly sekali lagi mengulangi bahawa terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.

Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS memilih Zulkefly kerana beliau merupakan calon terbaik, muda dan berpendidikan tinggi.

Ditanya mengenai isu-isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi berkata: “Tunggu dulu”.

Hadi juga ditanya mengenai kemungkinan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor - ekoran teguran pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan - akan dijadikan isu di Bagan Pinang.

Menjawab soalan tersebut, Hadi berkata: "Masalah dalaman yang ditimbulkan oleh media akan diselesaikan. Tidakjadi masalah."-mkini

ISA Samad Recycle Bin Umno
sept 29 09

Sorang-sorangnya calon PRK kaki menipu,kaki rasuah kaki merapu tahap parpukariok.....



Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Pas Selangor Makin kalut Dan Panas
sept 29 09

Main dramalah korang yang untung BN jugak...Bagan Pinang sure dalam genggaman dia orang punya padan ngan muko korang....

PETALING JAYA: Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.

Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.

Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

"Tapi, anda tunggu dan lihat," katanya.

Khairuddin berkata, jawatankuasa itu juga sedang meneliti kenyataan-kenyataan Khalid yang boleh merosakkan imej parti.

Jelas beliau, Badan Perhubungan PAS Selangor berdiri teguh di belakang Dr Hasan yang hanya membuat kritikan membina untuk menambah baik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Hasan meletak jawatan berikutan kenyataan-kenyataan beliau yang tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Kos F1 1M Makin Naik Nampak
sept 29 09

Macam PKFZ kos F1 1M pun terus melambung hari tu kata kos 308juta aje...tup..tup hari nih Tony Fernandes kata kos untuk semusim berjumlah 450juta untuk melengkapkan pusingan setahun...apa dah jadi nih beb kejap cakap macam ni kejap macam tu...dia orang buat duit tu macam apa je kan...sudah lah ini semua putar alam punya cakap buat kerja merapu...tokeyai gerenti dan meyakini F1 1M memang tak lama glamor sekejap aje...tak percaya tengok ajelah nanti...Tony fernandes kata dia tak pernah gagal...angkuh cukup angkuh dia tak tahu ke F1 nih bukan cari penumpang untuk naik kereta F1 pergi bersiar-siar macam naik Air Asia dia tu...tengok ajelah nanti...

KUALA LUMPUR - Bos pasukan Formula Satu (F1) negara, F1 1Malaysia (1MF1T), Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kira-kira RM450 juta perlu dibelanjakan untuk membolehkan Malaysia bersaing di litar F1 selain untuk melengkapkan jadual 19 perlumbaan.

"Kami perlukan RM100 juta hingga RM150 juta untuk membolehkan jentera berada di litar dan kami perlukan (tambahan) RM300 juta bagi melengkapkan keseluruhan persaingan," katanya.

Fernandes, 46, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penerbangan bajet Asia Tenggara, AirAsia, menjadi pendorong utama bagi membolehkan kepulangan Lotus ke sukan itu, yang mengumumkan hasrat mereka untuk berlumba semula minggu lalu.

1MF1T disokong oleh 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd., sebuah perkongsian swasta-awam melibatkan barisan usahawan terkenal tempatan di samping pembuat kereta kebangsaan, Proton.

Fernandes menambah, pasukan Malaysia akan menawarkan pekerjaan kepada 225 orang termasuk pakar aerodinamik dan jurutera bagi kemahiran mekanikal dan elektronik.

Ketika ditanya sama ada dia yakin dalam mencari penaja bagi pasukan, katanya: "Adakah kami gagal setakat ini?" merujuk kepada kejayaan AirAsia sejak pelancarannya pada 2001 untuk menjadi syarikat penerbangan ke-12 terbesar dunia.

Lotus kembali ke F1 selepas bersaing dalam kejuaraan itu dari 1958 hingga 1994.

Pembuat kereta kebangsaan Malaysia, Proton memiliki saham terbesar dalam syarikat itu pada pertengahan 1990-an.

Buat masa ini, pasukan 1MF1T akan berpangkalan di Norfolk, England, dekat kilang Lotus Cars, satu prasarana yang dibina oleh Toyota untuk penyediaan dan pembangunan awal F1 mereka.

Namun kereta pasukan akan dibina, dikeluarkan dan diuji di Litar F1 Sepang yang menjadi tuan rumah perlumbaan GP Malaysia sejak 1999. - AFP

Makkal IC vs Makkal Sakthi
sept 29 09

Macamana rojak macam tulah parti-parti komponen B-End....kuah rojak mana yang lebih sedap orang India sekarang tengah tercari-cari tu belum campur dengan kuah rojak IPF dan KIMMA makin peninglah kepala orang india nih dibawah 1Malaysia nih...orang india dan orang cina makin susah nampaknya dah jadi 1Merapu semuanya baik ajelah pakat ramai-ramai masuk pakatan...

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pergerakan Pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru "Makkal Sakthi" yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Ketuanya T.Mohan berkata walaupun parti itu dilaporkan akan dilancar 10 Okt ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berhak untuk merasmikan mana-mana parti baru, tetapi adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Mohan diminta mengulas laporan mengenai pelancaran "Parti Makkal Sakthi Malaysia" yang diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan.

"Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya ... tidak akan berkompromi," katanya.

Mohan berkata walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan.

Monday, September 28, 2009

Bila KJ Kerumah Terbuka Timb Presiden Pas
sept 28 09

Agak mengujakan jugaklah kunjungan KJ nih terutama bagi penyokong-penyokong mereka apa yang tersirat dihati masing-masing wallahualam...Tokeyai tunggu apa kakimerapu@parpukari@buntutkuali nak cakap pasal kunjungan KJ nih...Susah-susah sangat KJ nih masuk je lah Pas orang UMno pun dah banyak tembak dia sekarang nih...tokeyai gerenti dekat Pas survival politik dia sangat cerah...secerah perut parpukariok...

Soal hubungan dua hala UMNO-PAS sememangnya diselaputi pelbagai pandangan dalaman masing-masing samada ingin melihat berlakunya hubungan atau tidak mahu melihat hubungan itu berlaku malah terdapat pandangan dalam kedua belah pihak juga yang ingin melihat ianya berlaku demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap satu titik permulaan tanpa sebarang agenda yang formal berlaku.

Beliau yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Bukit Mahkota Nilai petang Ahad mengulas tentang kehadiran beliau di situ yang dilihat sebagai usaha serta langkah untuk memulakan hubungan dua hala.

Mengenai cadangan perbincangan Pemuda UMNO-Pemuda PAS sebelum ini yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutama Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khairy berkata, "dalam UMNO-PAS ada pelbagai pandangan, ada yang yang nak lihat hubungan berlaku dan ada yang tidak mahu ianya berlaku tetapi ada juga kalangan dalaman UMNO-PAS yang mahukan ianya berlaku."


"Jadi jangan kita ambil kesimpulan daripada satu sudut saja, kita perlu ada sikap terbuka dalam ini dan jangan kita paksa apa-apa, jangan kita ada apa-apa agenda yang terlalu formal. Biarlah perkara ini berjalan cara yang biasa, kalau ianya jadi maka jadilah, " tambahnya.

Mengulas lanjut kehadiran beliau di rumah terbuka itu, Khairy menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan serius atau agenda formal tetapi ianya merupakan satu usaha untuk membina hubungan persaudaraan dan diharapkan kunjungan tersebut akan dilihat ada satu keserasian antara UMNO-PAS.

Katanya, "saya rasa tidak ada apa masalah dan jangan kita baca terlalu banyak dalam perkara ini, biar hubungan itu jadi secara semula jadi, jangan kita paksa. Harapan jangan ada apa-apa syak wasangka antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS, saya pun ada bincang sikit tentang halatuju kita bersama (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani)...bukan soal kita hendak adakan hubungan yang formal ataupun tidak, cuma sekiranya ditakdirkan ada peluang di masa akan datang untuk kita berjumpa dan berbincang dengan lebih tersusun lagi, saya terbuka dan harapan saya Pemuda PAS pun ambil sikap terbuka juga."


Pengerangku Yang Mengerang Mintak Nyawa
sept 28 09

Seperti mana yang tokeyai janjikan dulu posting kali ini tokeyai akan bercerita tentang balik raya kekampung hari itu...kita lupakan lah dulu pasal politik ini jangan jadikan diri kita bodoh macam orang politik bertindak tidak mengikut arahan dan tidak menggunakan akal fikiran semuanya hanya untuk kepentingan diri dan mencari publisiti murahan kita cerita kemudian bab nih...Pengerang adalah sebuah daerah didalam Kota Tinggi Johor ianya agak terkenal ketika Azalina Othman menjadi Menteri dulu dia juga merupakan MP bagi Pengerang nih...Terletak didalam peta yang mempunyai kawasan yang dipanggil penghujung benua asia jauh dari bandar Kota Tinggi lebih kurang 95km atau sejam perjalanan kalau bawak slowlah kalau laju kejap aje sampai....Kawasan pengerang ini dikeliling oleh laut cina selatan, perairan riau dan singapura ianya terkenal dengan perairan Desaru dan banyak lagilah resort-resort tepi pantai yang dibina oleh mereka-mereka yang banyak duit bolehlah kalau nak bawak keluarga bercuti disini semuanya murah takdalah mahal sangat....Ok cukuplah tu dia punya mukaddimah...nih tokeyai nak cerita pasal balik kg hari itu...tokeyai nih kerja diperantauan jadi faham-faham ajelah kadang-kadang aje dapat balik kg nih...jadi bila dapat balik nih rasa seronok sangat sepanjang perjalanan tokeyai banyak terkenang kisah-kisah lama masa zaman kecik-kecik dulu..tapi sayang semua itu terhakis sepertimana terhakisnya hakisan disepanjang pantai pengerang nih...sayang pantai yang dulunya jauh berbatu-batu kini hanya tinggal bermeter-meter aje dari jalanraya...semuanya gara-gara kesan penambakan laut oleh singapura tokeyai pun heran mengapa kerajaan kita tidak membuat bantahan takut ke dengan singapura...ye memang kita takut dengan singapura sebab singapura merupakan pelabur kedua terbesar dinegara kita ini selepas Amerika...jadi bila singapura buat apa-apa kita hanya mampu tengok ajelah...padan muka kita...ramai penduduk dipinggir pantai yang mengeluh tentang kehilangan tanah pantai mereka yang hanya tinggal beberapa meter aje dari rumah kesan pembuangan minyak dan pantai yang sarat dengan sampah lagi memburukkan lagi keadaan...sayang seribu kali sayang kawasan pantai yang dulunya cantik dan landai kini semakin terhakis dek kebodohan kerajaan UMno B-End yang jarang mengambil tahu keadaan disini...ada MP pun tak kemana menghilangnya....Kesian Pengerangku Mengerang kesakitan.....


Singapura begitu bersemangat meluaskan empayarnya hanya beberapa puluh meter aje dari jeti Tg pengelih


Ombak yang memukul rumah setiap kali musim tengkujuh

Lihatlah jarak laut dan pantai kesan tambakan oleh singapura

Jeti Feri dan Bot Tg Pengelih

Kerja-kerja penambakan oleh singapura

Kerja-kerja penambakan dan jeti Tg Pengelih sangat dekat

Kubu semasa penjajahan Inggeris masa utuh di jeti Tg Pengelih peninggalan sejarah yang berharga terbiar dimakan usia

Jalan utama menunggu masa roboh

Musim tengkujuh ombak membadai jalan

Kawasan pantai yang teruk tercemar

Benteng ombak yang ala-ala kadar aje dah senget pun macam orang UMno


Pulau Batu Putih hanya tinggal sejarah terletak diteluk Ramunia Pengerang kini milik singapura
Iskandar Malaysia Yang Lesu
sept 28 09

Iskandar Malaysia: ‘Rumah siap pahat berbunyi’

Menjadi perkara biasa setiap kali sesuatu pembangunan, perumahan mahupun apa jua projek yang dikatakan disiapkan akan timbul masalah seperti tidak puas hati sesetengah pihak.

Seperti kata pepatah, ‘rumah siap pahat masih berbunyi’ masih tidak dapat dinafikan dan ia turut berlaku terhadap projek mega, Iskandar Malaysia yang terletak di Johor.

Ikuti temu bual penulis dengan beberapa penduduk di negeri ini mengenai Iskandar Malaysia dan penjelasan turut diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Harun Johari, berhubung perkara ini.

Iskandar Malaysia adalah sebuah zon ekonomi unggul, terletak di Johor yang merangkumi segi tiga logistik bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (kawasan utara) hingga ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (kawasan barat daya) dan Pelabuhan Johor, Pasir Gudang (kawasan Tenggara).

Meliputi kawasan seluas 2.217 kilometer persegi, projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 2025 dan dijangka menjadi sebuah metropolis yang kukuh, mapan dan bertaraf antarabangsa.

Dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) dan kemudiannya sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kini ia dinamakan Iskandar Malaysia yang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menjadi badan berkanun Persekutuan yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalankan usaha-usaha pembangunan Iskandar Malaysia.

Menjadi pusat penumpuan kepada pembangunan berterusan, pemeliharaan alam sekitar dan pengagihan keuntungan yang saksama kepada masyarakat setempat, ia juga telah dikenal pasti sebagai pusat pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Namun, dalam mengendalikan pelan pembangunan strategik dan jangka panjang untuk pembangunan berstruktur hartanah terbesar dalam negara ini, masih terdengar suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaannya dan masing-masing memberikan pendapat yang berbeza.

Setelah tiga tahun dilancarkan secara rasmi bermula akhir 2006, tidak kurang juga ada yang mengatakan keseluruhan proses ke arah penubuhan Iskandar Malaysia ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad, juga pernah melahirkan rasa terkilannya terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk Bandaraya Johor Bahru.

Beliau juga sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya kerana pembangunan di Iskandar Malaysia dikatakan tidak menampakkan faedah kepada golongan peniaga kecil. Projek mega Iskandar Malaysia ini dikatakan terlalu mengutamakan pelabur asing sehingga mengetepikan usahawan tempatan.

Ada juga yang mengatakan kawasan perumahan yang dibina sekitar Nusajaya itu pula dimiliki ramai rakyat negara luar kerana harganya yang tidak mampu dimiliki rakyat tempatan. Difahamkan ada kawasan perumahan banglo di Nusajaya yang dijual dengan harga sehingga mencecah RM2.8 juta itu, 90 peratus telah dibeli kebanyakan warga asing.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan penduduk tempatan Johor sehingga kini ramai yang hanya sekadar maklum bahawa Iskandar Malaysia adalah satu projek yang besar, tetapi masih tertanya-tanya apa yang ada pada projek tersebut.

Kurangnya pendedahan terutama terhadap penduduk bandar raya Johor Bahru sendiri dipersetujui ramai pihak. Malah, ramai juga yang beranggapan Iskandar Malaysia itu hanya terletak di kawasan Nusajaya sahaja, walhal ia meliputi lima zon di Johor termasuk Pusat Bandaraya Johor Bahru, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Penulis sendiri sebagai rakyat negeri Johor mengakui tidak tahu sepenuhnya projek yang dijalankan di bawah Iskandar Malaysia walaupun sudah tiga tahun dijalankan melainkan hanya selepas melawat salah satu kawasannya di Nusajaya.

Apa yang diharapkan agar segala pandangan dan komen orang ramai diambil kira dalam menyumbang kepada pembangunan yang lebih mapan di Iskandar Malaysia selain menjamin kesejahteraan penduduk negeri Johor khususnya.-sinar

Saturday, September 26, 2009

F1 Malaysia Confirm Tak Lama
sept 26 09

Agak-agak korang boleh pegi ke F1 Malaysia nih...bukan nak kutuk tapi korang tengoklah sendiri fakta-fakta yang ada ini...

Tidak dinafikan, penyertaan F1 sememangnya dapat menampilkan Proton di pentas dunia atas nama Lotus. Namun, segala-gala ini datang dengan harga yang tinggi. F1 diisytiharkan sebagai salah satu acara sukan dunia yang paling "menghanguskan wang".

Misalnya, bajet pasukan kereta terunggul, Ferrari ialah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Selain itu, menurut sebuah bahan bacaan terbitan F1, pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006.

Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.

Walaupun BMW sebagai pengilang kereta yang terbesar di dunia, juga kelihatan tidak tahan dengan cara menghanguskan wang sedemikian. BMW telah mengumumkan untuk menarik diri setelah tamatnya musim perlumbaan tahun ini. Dalam detik saat kemelut ekonomi dunia ini, BMW pun terpaksa tunduk. Sebagaimana yang diketahui, untuk beberapa tahun kebelakangan ini, BMW membelanjakan kira-kira 300 juta US dollar setahun secara puratanya.

Yang ini bajet F1 Malaysia....jauh panggang dari api beb kalau setakat join F1 nak suka-suka nak carik glamor buang masa aje...banyak benda lain dengan duit 308juta boleh buat...Bukan thinking negative tapi tokeyai confirm F1 Malaysia ni tak lamo....

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan sebanyak RM308 juta.

Pasukan itu dalam satu kenyataan akhbar berkata, Proton Holdings Bhd. akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada Pasukan F1 1Malaysia (1MF1T).

Lesen kerjasama itu termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan pindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam Pasukan F1 negara, di pusat teknikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.

1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Kumpulan Tune, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.

Kumpulan Tune dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T, Datuk Kamarudin Meranun.

Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail daripada 1Malaysia F1 Sdn. Bhd.

Friday, September 25, 2009

Najibnomi'c ke Ajinomoto ke Harvard
sept 25 09

Antara percaya dengan tidak aje bila baca Harvard business school boston nak buat kajian pasal terlampau terernya najib nih dalam bidang ekonomi dan betapa beraninya dia dalam menangani krisis kewangan....tokeyai ni mengigau keagaknya atau orang-orang harvard nih termasuklah dia punya alumni kat sini dah tak betul kepala otak dia orang nih...tapi memanglah betul najib nih terer bab cari duit nih dalam bab ekonomisyen dia memang handal tokeyai tak nafikan semua orang setuju bab ekonomisyen ni dia memang pakar...tak percaya tanya Altantuya....
Takkan free aje kot ini sudah masuk bab lobi melobi kan najib ada pakar pelobi imej dari israel dan amerika korang agak-agaklah berapa duit yang terlebur kat sini....mana ada percuma beb..mau terkenal mesti bayar punya.... Ini semua Mahathir punya kepalalah mana ada najib yang buat tu semua itu semua zaman mahathir punya rancangan ekonomi....Mahathir ni nak perlekehkan Anwar dan dia nak buat comeback melalui najib yang menjadi puppetnya....



KUALA LUMPUR: Harvard Business School di Boston akan melaksanakan satu kajian kes dengan tumpuan kepada inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis kewangan.

Kajian kes berkenaan, yang akan digunakan sebagai subjek dalam kurikulum teras modul makroekonomi, akan memberi pendedahan mengenai bagaimana krisis itu merebak di peringkat antarabangsa.

Ia juga akan membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara yang mempunyai asas yang kukuh dan peraturan yang baik boleh bertahan dengan krisis antarabangsa.

Malaysia berjaya mengukuhkan institusi kewangan, insurans dan perbankan berikutan krisis mata wang 1998, demikian menurut Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Selain pembaharuan berani Najib, kajian Harvard itu juga akan memberi tumpuan kepada pelbagai pendekatan liberalisasi ekonomi, langkah yang diambil bagi menyediakan negara untuk Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kata presiden Alumni Tan Sri G. Gnanalingam.

"Harvard juga akan menumpukan kepada bagaimana negara meletakkan dirinya dalam perjanjian perdagangan bebas dengan negaranegara lain dan bagaimana zon ekonominya bersedia untuk tarikan pelaburan langsung asing.

"Kami di alumni berbangga dapat terlibat dengan usaha sedemikian memandangkan kajian itu akan menjadi sebahagian daripada program sukatan pelajaran dan mengajar beriburibu penuntut antarabangsa.

"Tambahan pula, penuntut di Harvard akan mengetahui mengenai apa yang kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah lakukan sejak krisis 1998 untuk mengawal dan menstabilkan ekonomi," kata Gnanalingam.

Kajian kes sebelumnya mengenai Malaysia diterbitkan pada April 2002 dengan tajuk "Malaysia Modal dan Kawalan" yang ditulis oleh Rawi Abdelai dan Laura Alfaro, yang merupakan satu daripada kajian kes Harvard paling berjaya.

Ia menganalisis ekonomi politik kawalan modal di Malaysia semasa krisis kewangan Asia 1997/98. Ia diajar di setiap kelas sejak tujuh tahun lepas bukan sahaja kepada penuntut Harvard Business School yang mengambil ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan tetapi juga pengurus kanan yang mengikuti program eksekutif. Penuntut memuji kajian kes berkenaan yang menjelaskan pandangan pemimpin-pemimpin Malaysia, demikian menurut kenyataan itu lagi. BERNAMA


Together On Hari Raya... Greeting CardsPas Selangor nak keluar Pakatan
sept 25 09

Mana perginya presiden PAS ni senyap aje..dah mati ke..tak nampak ke apa anak hang dah buat kat selangor tu dahlah Dr mahathir sekarang nih dah hidup balik korang semua kena jaga-jaga dengan sepak terajang mamak sorang nih dia handal berpolitik silap langkah boleh tumbang kerajaan selangor ...walauapapun alasan korang kata media itulah kerja dia melapor dan membelitkan apa yang korang cakap sebab itu kalau tak nak dibelitkan jangan banyak cakap..semalam tokeyai agak bela sihassan Ali nih tapi bila ramai anak buah dia turut bercakap tokeyai dah naik menyampah dah dok semua nak glamor...baik mati aje korang...susahlah nak ajar buluh-buluh betong nih..dia orang tak tahu ke ini semua rancangan najib khir toyol dr mahathir dan blogger-blogger poyo Umno untuk menghuru-harakan selangor...elok sangatlah dibuang aje sihassan ali dan suku sakat dia nih dari pas...dan lepas ini kalau orang PAS ni dah berlagak sangat konon dah kuat sangat keluar aje dari pakatan kau lawan sendiri-sendirilah kat bagan pinang tuh...chit...otak lutut jugak ada...

SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Thursday, September 24, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsBila Sultan Membela UMno
sept 24 09

Secara tiba-tiba minda tokeyai teringat akan dua perkara ini...

DAN ini...

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Adalah amat tidak wajar Sultan yang merupakan payung dan penaung kepada seluruh rakyat sesuatu negeri membuat kenyataan politik yang menyebelahi mana-mana parti politik tindakan ini bukan sahaja akan menjejaskan imej seseorang sultan malah dikhuatiri akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat jelata...seseorang sultan seharusnya berkecuali dalam politik berdasarkan sistem parlimen dan raja berpelembagaan apabila seseorang sultan membuat kenyataan terbuka seperti itu ini menunjukkan sultan tersebut berseteru dengan rakyatnya yang menjadi ahli parti pembangkang dan bagaimanakah kedudukan seseorang sultan itu jika seandainya ditakdirkan Allah pakatan berjaya memerintah malaysia keseluruhannya bentuk hubungan yang bagaimanakah yang ingin dibina dengan MB sesebuah negeri tersebut.... Kesimpulannya sebagai Sultan bertindaklah seperti sultan-sultan dan raja dilain-lain negeri yang bertindak seperti menarik rambut dipenuhan tepung rambut tidak putus tepung tidak berselerak kerana itu yang bijaknya...

KUALA KRAU, 24 Sept (Bernama) -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.....


Together On Hari Raya... Greeting CardsSelcat,Hassan Ali dan DO
sept 24 09

Tokeyai berdiri atas tiket bebas untuk kali ini kadang-kadang kita semua lupa bahwa fitrah manusia itu dilahirkan adalah bersifat gopoh dan lupa kepada firman-firman tuhan yang menyuruh kita semua bersabar dalam semua segi sehingga kadang-kadang kita bertindak tanpa memikirkan kesan dari tindakan itu...tokeyai tidak cuba untuk menyalahkan semua pihak dalam perkara melibatkan selcat ini tapi kebenaran dan keegoan adalah dua perkara yang berbeza dimana kebanyakan dari kita memilih untuk menunjukkan keegoan dalam mencari kebenaran...tokeyai pernah melihat siaran langsung perjalanan selcat ini yang jelas memang benar seperti kata hassan Ali maruah DO dan pegawainya nampak dimalukan seperti yang kita semua lihat disiaran langsung itu perlukah kita menafikannya kita perlu ingat DO adalah ketua dan orang yang terhampir sekali dengan masyarakat jika mereka rasa terhina bukankah ini akan merugikan kerajaan untuk jangka masa panjang pengaruh mereka untuk mensabotaj kerajaan jika mereka dihina jangan dipandang sebelah mata...pihak-pihak ini perlu diberi penghormatan yang sewajarnya sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ketua didaerah-daerah...Ahli-ahli diSelcat juga perlulah profesional dalam menyoal jangan macam nak soal budak-budak tadika dan mereka juga seharusnya terdiri dari golongan profesional lainnya bukan dari golongan ahli politik yang mempunyai kepentingan juga menjadi Adun dan mendapat juga peruntukkan dikawasan mereka adalah pelik jika ayat yang berbunyi ADUN siasat ADUN dan ini akan menjadi bahan momokan dan lawak jenaka sepanjang hayat ada benarnya seperti dakwaan Hasan Ali itu, jangan nanti jadi seperti ketam suruh anaknya berjalan lurus...Satu sikap orang pandai bercakap inilah adalah tidak sabar-sabar dan gelojoh untuk bercakap kadang-kadang dia tidak sedar apa yang dicakapnya itulah sikap hasan Ali yang tokeyai tidak berapa berkenan dan sebagai pemimpin utama kerajaan negeri seharusnya dia sedar setiap kata-katanya akan menjadi perhatian dan isu seharusnya jugaklah selepas ini hasan ali perlu mengawal kegelojohannya itu bukankah sikit bercakap lebih baik dari banyak bercakap tapi kalau memang ada niat Hasan Ali untuk menjadi MB memang kenalah apa yang dia lakukan selama ini..Musuh dalam selimut sesuai untuk dirinya...

Together On Hari Raya... Greeting CardsSahih Rasuah Tu Wujud Sebenarnya
sept 24 09

Menurut laporan Badan Ketelusan Antarabangsa (Transperancy International) sebanyak US300 billion setahun rakyat terpaksa membayar diseluruh dunia dan US40 billion sahaja dinegara membangun termasuklah negara kita ni...yang melibatkan pegawai dan ahli politik yang menurut laporan itu kekurangan check and balance dan pengaruh politiklah yang mencetuskan gejala rasuah ini dan ianya amat dibimbangi oleh badan antarabangsa itu...kesimpulannya benarlah rasuah itu wujud di KD Najib dan KD Rosmah dua kapal selam negara juga diPKFZ yang kecoh sekarang ini juga atas semua urusan yang melibatkan tender dan kontrak juga dari peniaga kecil-kecilan sampailah kesaudagar-saudagar jerung yang hanya menunggu peluang dan mangsa jika tidak, tidak wujudlah angka US30(RM105)billi0n itu dan janganlah mereka-mereka yang terlibat ini berusaha pulak untuk menapikannya kerana kalau kita tengok kehidupan para ahli politik kita dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang berkepentingan dalam perkara-perkara duit haram ini jelas membayangkan mereka bermain dengan angka US30 billion ini....yang kaya terus kaya yang papa terus melarat itulah ungkapan yang betul dinegara ini...

Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

"Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan," kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

"Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan," kata Labelle.

"Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka," katanya. BERNAMA

Wednesday, September 23, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsSalam Raya kepada Semua
Bagan Pinang Undi Pos Dan Makamah

sept 23 09

Tokeyai rasakan masa ramai diantara kita semua yang masih bercuti dan berhariraya dikampung atau dirumah masing-masing termasuklah tokeyai nih...ini pun curi-curi update blog agar tidak ketinggalan dialam maya tokeyai ingat nak cerita pasal kg tokeyai tapi sempat mungkin posting kemudianlah....ini nak cerita sikit pasal undi pos ni....baru-baru ni jugak masa dikampung tokeyai berkesempatanlah bertemu geng-geng lama masa sekolah dulu...tokeyai pendekkan aje sebab cerito yang lain ada kat posting tokeyai dikampung nanti..ada member yang dah jadi polis...tokeyai pun apa lagi korek lah cerita pasal undi pos ni....mula-mula tak nak cerita last-last cerita jugak...memang betullah dia cakap kalau tak undi kerajaan alamat kena tukar kat tempat jin bertendang 24 jam....itu semua jugak tengok ketua balai kalau ketua balai tak kisah nak pangkah apa pun dia tak ambil pot....Inilah serba sedikit coretan tokeyai ketika dikampung akan menyusul lebih panjang lebar lepas nih...Inilah masalah kerajaan UMno B-End yang mempergunakan dan membodohkan rakyat pasal undi pos ni..tokeyai sokong sangat cadangan Yusmadi untuk mengherat SPR kemahkamah jika tidak beri pilihan kepada pengundi Pos ni...jangan bagi can kat SPR yang bangang dan tak demokratik nih...akan bersambung nanti....tokeyai rak raya dulu....

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusof berkata beliau akan membawa ke mahkamah sekiranya pengundi pos, khususnya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Katanya, ini memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan,” katanya.

Menurut rekod pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain.

“Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain.

“Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation ... from voting at a poll,” katanya.

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan pula, tambahnya, dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang.

“Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan, akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut.

“Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

“Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut, saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengan kaedah undi secara biasa,” tegas Yusmadi lagi.

Saturday, September 19, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsPendatang Haram Tak Mengenang Budi
sept 19 09

Tokeyai ingat hari baik bulan baik nih tak nak maki sapa-sapa tapi bila baca satu blog rasasayange-malaysia terus menyirap darah muda (ye ke) tokeyai nih..habis dikutuknya negara kita nih sekaw-kawnya dia ingat Indonesialcelaka(dia kata malaysia malingsial) dia tu bagus sangat miskin papa kedana datang sini merempat cari makan tak sedar diri punya mat-mat dan minah-minah indonesial nih...tokeyai pasti penulis blog itu ada dan bekerja disini tapi diberakkan tempat dia cari makan jadi penyamun perompak kat sini buat apa elok dihantar aje balik pendatang-pendatang haram dan halal ini balik indonesial dia tuh...biar mampus kebulur dia kat situ dasar manusia kufur...menyusahkan orang ajer...kat bawah nih contoh kemiskinan yang membawa maut yang dibanggakan oleh blog rasasayange-malaysia akibat berebut duit zakat yang hanya RP30,000 lebih kurang RM10.41 di Indonesialnya itu...21 orang maut apasallah tak penulis blog tu yang mati kat situ...















POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran