Thursday, September 10, 2009

Najib Calon Bagan Pinang
sept 10 09

Betul ke ni atau saja nak perangkap Pas....dok Pas sibuk mengaji Sinajib Isa nie...tup..tup...keluar pulak calon lain...Awas Pas berhati-hatilah dalam memilih calon...

Mohd Najib Isa - anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.

Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.

Sebelum ini, nama Isa juga disebut-sebut mungkin dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu kerana mempunyai ramai saudara mara di Bagan Pinang.

Sekiranya Mohd Najib (kanan sekali) dipilih, ia juga secara tidak langsung boleh memberi kemenangan kepada anaknya untuk mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran