Monday, September 14, 2009

Samy Pilu Sound Najib Balik
sept 14 09

Dah sahlah simat Samy Pilu bengang kat najib pasal tak lantik dia jadi menteri...dah alang-alang kata orang tu time UMno terhoyong-hayang nih dia pun try nak tunjuk terer pulak...kalau dia nak bakar jambatan pun rasanya mau bersujud UMno dengan MIC nie...tengok handal tak handal siSamy Pilu nie tunjuk ek kat PM...yang sebenarnya bukanlah siSamy Pilu atau MIC ni kuat atau terer yang sebenarnya Najib tu hah yang memimpin sebuah kerajaan yang lemah dan bakal tumbang tak lama lagi...tu pasallah apa yang dicakap oleh Najib nih tak diapeknya orang kata orang nogori maksudnya orang dah tak takut dah dengan najib nih....

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Selepas menyatakan orang-orang India meluat dengan Barisan Nasional (BN), semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu membidas Perdana Menteri pula.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau yang dilihat menjawab balik apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung MIC kelmarin.

Dalam ucapannya semalam, Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

"Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat."

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN," katanya.

Ucapan Najib itu dilihat sebagai pemerhati sebagai tanda sokongan kepada seteru Samy Vellu, Datuk S Subramaniam yang mencabar calon yang disokong Presiden MIC itu, Datuk G Palanivel dalam perebutan tiga penjuru sebagai Timbalan Presiden MIC.

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri itu tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan pula berkata: "Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya".

Kekalahan Subramaniam itu juga dilihat oleh pemerhati sebabagai kekalahan Najib yang disifatkan memberikan mesej yang jelas supaya dilakukan perubahan dalam MIC dan juga kekalahan Umno yang dilihat cuba mempengaruhi pemilihan dalam parti itu.

Pada hari pemilihan parti itu diadakan, Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar Umno menyiarkan laporan muka depan yang bertajuk "Samy perlu berundur".

Akhbar itu menyifatkan tindakan berterusan Samy Vellu mahu mengekalkan penguasaan di dalam MIC bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada parti itu tetapi turut menjejaskan kredibiliti BN.

30 Ogos lalu, Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Sampai bila Samy..."

Samy Vellu, yang sebelum itu menyifatkan Utusan sebagai akhbar perkauman dan berlagak "big brother," menjawab balik apabila menyatakan orang-orang India meluat kepada BN.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat meluat dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan meluat dengan saya. Mereka meluat dengan BN" kata beliau.

Sebelum itu, Samy Vellu bertikam lidah dengan dengan bekas bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan beliau menyokong Subramaniam.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran