sept 18 09
Seorang dari N.sembilan dan seorang lagi dari Johor dua-dua negeri nih tokeyai memang ada berkepentingan zahir dan batin...kita selalu berkata apabila budak-budak gaduh orang tuanya janganlah masuk campur panjang jadinya nanti...jadi benda inilah yang tokeyai cuba nak jelaskan apa kebaikan yang diperolehi oleh Tunku N.Sembilan ini bila ibu dia pun ikut bersuara dalam perbalahan ini apakah ini menggambarkan yang Tunku N.sembilan ini memang tak boleh buat apa-apa dan masih memerlukan ibu dia dalam banyak hal tapi kalau tengok dari raut wajah dah mampu untuk mempertahankan diri sendiri...kita tengok apa pulak jadinya jika Tunku Johor pulak yang bersidang akhbar bersama bonda atau keluarga dia yang lain masing-masing akan cuba mengeluarkan kenyataan mengikut versi masing-masing kesudahannya akan menampakkan kebodohan dan terjadilah perbalahan terbuka yang akan menjejaskan imej masing-masing..tapi setakat ini Tunku Johor masih bertindak bijak dengan hanya peguam dia sahaja yang bersuara...memberi sokongan moral dan menunjukkan keegoan adalah dua perkara yang berbeza...biarkan kepada polis dan mahkamah buat kerja mereka tapi yang baiknya demi menjaga imej dan hubungan dua negeri penyelesaian diluar adalah jalan terbaik...
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.
KUALA LUMPUR: Kerabat diraja Johor menegaskan bahawa dakwaan serangan ditimbulkan secara terbuka hari ini kerana mereka enggan menerima tuntutan ganti rugi RM50 juta dan permohonan maaf tanpa syarat daripada kerabat diraja Negeri Sembilan.
Sumber istana Johor memberitahu, dakwaan itu tidak berasas dan jumlah yang dituntut "terlalu mahal dan tidak masuk akal", sambil menambah pihak istana Johor tidak akan "tertipu".
"RM50 juta adalah terlalu berlebihan untuk hidung yang patah. Periksa rekod mahkamah dan anda akan lihat yang kes melibatkan hidung patah atau yang berkaitan kecederaan hidung adalah antara RM3,500 dan RM27,000," demikian menurut sumber istana itu kepada The Star.
Insiden itu didakwa berlaku di sebuah kelab yang dikenali sebagai Heritage Mansion di mana seseorang daripada kerabat Negeri Sembilan mendakwa telah bertindak biadab dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Johor dan Raja Muda Johor.
Sumber itu mengatakan Raja Muda Johor pada awalnya telah menempah tempat di Heritage Mansion untuk sebuah majlis pada malam itu, sementara kumpulan daripada kerabat Negeri Sembilan pergi ke tempat tersebut secara berasingan.
Sumber itu menambah, perbalahan yang tercetus antara dua kumpulan itu turut melibatkan pengawal-pengawal peribadi.
Sejurus selepas itu, ahli-ahli kerabat Negeri Sembilan berkata, mereka telah "diserbu" di hotel Crown Plaza di mana satu lagi perbalahan berlaku melibatkan kumpulan yang terdiri daripada kerabat Johor.
Raja Muda Johor tidak terlibat dalam perbalahan itu, lebih-lebih lagi baginda adalah pegawai tentera yang dilatih berdisiplin oleh tentera India.
Sumber itu turut mempersoalkan mengapa kerabat Negeri Sembilan atau Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang berada di hotel tersebut malam itu tidak memfailkan saman terhadap keluarga diraja Johor sejurus selepas insiden itu.
"Mereka sepatutnya memfailkan saman terhadap keluarga diraja Johor atau Raja Muda Johor jika mereka mendakwa mereka adalah benar.
"Mereka tidak boleh mengatakan yang pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa kerana polis mengambil keterangan daripada setiap orang pada malam itu," tambahnya.
Sumber itu mengatakan, semua dakwaan itu adalah satu pembohongan sambil menambah istana Johor tidak akan mempertimbangkan untuk memberi 50 sen sekalipun.
Mereka berkata, dengan bersetuju untuk menyelesaikannya secara wang ringgit akan menunjukkan seolah-olah mereka bersalah.
Sumber itu berkata, istana Johor tidak memberi sebarang komen berhubung insiden itu kerana ingin memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu secara terperinci, selain memastikan keadilan dapat dilaksanakan tanpa sebarang campur tangan.
"Dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap istana Johor secara keseluruhannya berat sebelah dan tidak memberi gambaran sebenar atau apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu," kata sumber itu.
Askm tow key guna gambar gue nampak. ngeh ngeh
ReplyDelete