sept 28 09
Agak mengujakan jugaklah kunjungan KJ nih terutama bagi penyokong-penyokong mereka apa yang tersirat dihati masing-masing wallahualam...Tokeyai tunggu apa kakimerapu@parpukari@buntutkuali nak cakap pasal kunjungan KJ nih...Susah-susah sangat KJ nih masuk je lah Pas orang UMno pun dah banyak tembak dia sekarang nih...tokeyai gerenti dekat Pas survival politik dia sangat cerah...secerah perut parpukariok...
Soal hubungan dua hala UMNO-PAS sememangnya diselaputi pelbagai pandangan dalaman masing-masing samada ingin melihat berlakunya hubungan atau tidak mahu melihat hubungan itu berlaku malah terdapat pandangan dalam kedua belah pihak juga yang ingin melihat ianya berlaku demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap satu titik permulaan tanpa sebarang agenda yang formal berlaku.
Beliau yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Bukit Mahkota Nilai petang Ahad mengulas tentang kehadiran beliau di situ yang dilihat sebagai usaha serta langkah untuk memulakan hubungan dua hala.
Mengenai cadangan perbincangan Pemuda UMNO-Pemuda PAS sebelum ini yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutama Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khairy berkata, "dalam UMNO-PAS ada pelbagai pandangan, ada yang yang nak lihat hubungan berlaku dan ada yang tidak mahu ianya berlaku tetapi ada juga kalangan dalaman UMNO-PAS yang mahukan ianya berlaku."
"Jadi jangan kita ambil kesimpulan daripada satu sudut saja, kita perlu ada sikap terbuka dalam ini dan jangan kita paksa apa-apa, jangan kita ada apa-apa agenda yang terlalu formal. Biarlah perkara ini berjalan cara yang biasa, kalau ianya jadi maka jadilah, " tambahnya.
Mengulas lanjut kehadiran beliau di rumah terbuka itu, Khairy menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan serius atau agenda formal tetapi ianya merupakan satu usaha untuk membina hubungan persaudaraan dan diharapkan kunjungan tersebut akan dilihat ada satu keserasian antara UMNO-PAS.
Katanya, "saya rasa tidak ada apa masalah dan jangan kita baca terlalu banyak dalam perkara ini, biar hubungan itu jadi secara semula jadi, jangan kita paksa. Harapan jangan ada apa-apa syak wasangka antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS, saya pun ada bincang sikit tentang halatuju kita bersama (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani)...bukan soal kita hendak adakan hubungan yang formal ataupun tidak, cuma sekiranya ditakdirkan ada peluang di masa akan datang untuk kita berjumpa dan berbincang dengan lebih tersusun lagi, saya terbuka dan harapan saya Pemuda PAS pun ambil sikap terbuka juga."
No comments:
Post a Comment