Wednesday, September 9, 2009

12 Lembu Mengaku Tak Bersalah Minta Bicara
sept 09 09

Some of the accused arriving at the Shah Alam Sessions Court on Wednesday.

1Malaysia menjadi saksi mereka membawa kepala lembu dan memijaknya....mereka masih tak mengaku salah mintak dibicarakan...agak-agak koranglah lawyer mana yang nak ambil dia orang ini kalau ada pun tang mana yang lawyer tu boleh pusing cerita...tokeyai pun tak dapek nak kato apo...jangan lawyer tu pusing cerita kata itu bukan kepala lembu tapi kepala kambing seakan-akan kepala lembu sudah...dengan-dengan lawyer tu sekali dah jadi lembu.........

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Enam yang menghadapi tuduhan menghasut itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan mereka diikatjami, masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes mereka akan disebut pada 21 Oktober.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta polis.

Kesemuanya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan ikatjamin masing-masing RM300 dengan seorag penjamin bagi enam orang yang turut menghadapi tuduhan menghasut.

Manakala ikatjamin bagi enam orang lagi yang menghadapi tuduhan perhimpunan haram, ditetapkan masing-masing sebanyak RM300 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut pada 21 Oktober.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran