Tuesday, September 1, 2009

UMno Guna Talian Hayat SPR-DUN Kota Siputeh
sept 1 09


Sebagaimana yang dijangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah dan pilihanraya tidak perlu diadakan.

SPR mengambil keputusan itu hari ini meskipun Abu Hassan dari Umno hilang keanggotaannya dalam DUN setelah dua kali gagal menghadiri sidang Dun pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.

Abdul Isa bagaimanapun menegaskan sijil cuti sakit itu tidak diserahkan kepadanya mengikut tempoh yang ditetapkan dan Abu Hassan sendiri gagal memaklumkan kepada beliau atas ketidakhadirannya.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran