Tuesday, September 8, 2009

Pendekar Lembu Gelisah Kena Raya Kat Lokap
sept 08 09

Hishamudin kata pendemo yang bawa dan memijak kepala lembu sahaja yang akan didakwa....macamana pulak dengan tukang membeli dan tukang sembelih...takkan tak ada apa-apa kot....kira subahatlah tu.....maka akan berharirayalah pendekar-pendekar lembu ni dilokap dan menendang-nendanglah pendekar lembu ini kerana tidak dapat beraya bersama keluarganya.....





PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu, bukan satu pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja yang perlu dikenakan tindakan, maka tindakan akan diambil.

Hishammuddin berkata, sesiapa yang melakukan sesuatu yang mengundang ketidakstabilan negara, menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka itu.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana kaum terhadap kaum yang lain dan begitu juga ideologi politik, seperti isu Perak, isu Kg Buah Pala dan isu Seksyen 23.

"Mana-mana pihak yang meletakkan diri mereka dalam kedudukan itu, perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka mengikut undang-undang," katanya.

Beliau berkata, terdapat lima kes membabitkan kepala babi sebelum ini, termasuk yang diletakkan di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putera dan dibalut dengan bendera Umno.

"Tak tahu siapa pun, tetapi saya memberi jaminan jika tahu siapa, tindakan akan diambil," katanya. -bharian

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran