Thursday, September 17, 2009

Jangan Ganggu Saya Rela Disebat-Kartika
sept 17 09


Kartika Sari Dewi Shukarnor

Kartika dakwa didesak pelbagai pihak rayu hukuman sebat

IPOH: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang mendakwa diganggu pelbagai pihak sejak dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang jika mereka terus mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya.

Beliau mengeluarkan notis awal mengenai amaran itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Adham & Associate semalam, selepas berasa kedudukan diri dan keluarganya terganggu oleh pelbagai pihak, termasuk mendesaknya merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebat yang bakal dilaksanakan selepas Aidilfitri.

Bagi menjaga kepentingannya, Kartika Sari, 32, melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma berkenaan, iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

"Selepas isu itu tersebar, saya dihubungi pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengadakan pertemuan.

"Saya didesak melakukan pelbagai perkara yang saya sekeluarga enggan lakukan.

"Saya sudah mendapatkan nasihat peguam sivil serta syarie berkaitan pelaksanaan hukuman itu dan berpuas hati dengan nasihat mereka.

"Saya secara tegas memberi notis tidak mahu diganggu orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan.

"Segala perjumpaan yang sudah, sedang dan akan dirancang serta hubungan dengan sekeluarga perlu dihenti serta-merta.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengganggu ketenteraman saya sekeluarga," katanya.

Tokeyai

Ntah apa-apalah dia orang nih tokeyai pun heran dibuatnya...semuanya nak menangguk diair keruh ambik kesempatan untuk mengangkat dan mencipta nama besar untuk diri sendiri...boleh belah la lu orang....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran