Wednesday, September 9, 2009

Bonus Tiada RM500 Utk Kump Sokongan Aje
sept 09 09

Hampa kecewa dan sedih itu yang pasti dikalangan kakitangan kerajaan yang mengharapkan bonus sebelum Hariraya ini.....yang pastinya RM500 utk kumpulan sokongan ini ajelah yang mampu dibayar oleh Najib.....sebabnya sekarang ini kerajaan memang tengah pokai duit dah habis buat bayar 2 kapal selam KD Altantuya 1 dan Altantuya 2.....stok emas pun kerajaan dah guna buat belanja....Yang pastinya Najib dibawah Rosmah ni boros belanja dan tak tahu cari duit.......

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

SEBAB SAYA TAK BAYAR BONUS KAT SEMUA K/TANGAN AWAM

SEBAB PERTAMA SAYA GUNA DUIT BUAT BAYAR KAPAL SELAM/PERANG

Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

SEBAB KEDUA SAYA DAH LEBUR EMAS UNTUK BUAT RANTAI ROSMAH

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama "gold swapped" atau emas yang ditukar.

Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu "dipinjamkan" kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.

Langkah "meminjamkan" rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

"Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,' kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.

"Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja," kata beliau.-tvantara

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran