sept 3 09
Yang sebenarnya 1M ni berbunyi begini 1Malaysia Rakyat Felda Didahulukan Rakyat Lain Dikemudiankan itulah yang tepat kerana selama ini kita lihat terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada warga felda kita tidak cuba mengungkit-ungkit tetapi hakikatnya begitulah kita tahu felda itu diilhamkan oleh Tun Razak bapa dia tetapi janganlah berlebih-lebihan pulak macam warga lain bukan rakyat malaysia dan tidak memerlukan apa-apa bantuan....patut-patutlah kalau ye pun dahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak apa-apa bantuan tak nampak lagi dia ingat orang felda aje orang lain tak susah...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.
Pengagihan wang raya itu bermula sejak tahun 2003.
"Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di sini, hari ini.
Najib berkata, seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.
"Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta," katanya.
Najib berkata, perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.
Katanya, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Aidilfitri di rancangan-rancangan Felda seluruh negara.-bernama
No comments:
Post a Comment