Thursday, September 17, 2009

Khir Toyo -Aku Boleh Tembak/Sumpit Kau
sept 17 09

Kalau setakat ugutan dari surat tu biasa ajer wak khir..karpal singh tu hah..siap hantar peluru lagi panjang pun umur dia...sudahlah tu khir toyo lepas SPRM siasat nih mula lah kau cari idea nak mintak simpati polis biar eskot kau macam dulu-dulu maklumlah hariraya mestilah nak jalan-jalan jumpa geng-geng takkan nak memerap aje kat rumah ye tak..Sudahlah tu khir tak ado orang nak bunuh kau dah tak bernilai pun kau nih...tak payahlah nak berlakon-berlakon lagi...

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Surat dua halaman bertulisan tangan itu dikirim dari Bukti Raja berdasarkan cop pada setemnya.

Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.

"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.

"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran