Friday, September 18, 2009

OSA Keatas Pembocor Rahsia Dokumen PKFZ- PM Najib
sept 18 09

Jadi benarlah seperti dakwaan sebelum ini yang mengatakan kebenaran dokumen pkfz yang didedahkan beberapa hari lalu...seperti kata Dato Mahfuz PM Najib dan kabinetnya harus meletakkan jawatan jika dokumen tersebut terbukti kebenarannya..dengan penawaran penggunaan OSA ini jelas menunjukkan kerajaan kini dan terdahulu terlibat secara lansung dalam isu kenaikkan kos pembinaan PKFZ ini jadi dokumen yang didedahkan itu yang mengandungi segala fakta dan angka tidak cuba dinafikan kebenarannya malah Najib menggugut untuk menggunakan OSA keatas mereka yang membocorkan maklumat didalam dokumen 18 mukasurat tersebut...alasan apa lagi yang akan digunakan oleh najib dalam mempertahankan kabinetnya itu....kita tunggu dan lihat..


Perdana Menteri Najib Abdul RAzak memberi amaran kerajaan akan mendakwa mana-mana pihak yang membocorkan dokumen Kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Najib membuat amaran itu ketika diminta mengulas pendedahan dokumen Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin di laman sesawang Malaysia-Today.

Skandal RM12.5 bilion ini mencemar pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak selepas siasatan mendapati wujudnya komplot rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pegawai-pegawai kerajaan dan menteri.

Dokumen di Malaysia-Today mendedahkan permohonan dari Kementerian Kewangan untuk kenaikan berkala kos pembinaan projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM5 bilion.

Najib berkata mereka yang mendedahkan dokumen tersebut akan diburu siasatan polis dan tindakan OSA akan dikenakan bergantung kepada siasatan.

Sebahagian dari dokumen 18 m/surat

18 muka dokumen Rahsia PKFZ






No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran